Tenang & Berhati-hatilah

Jangan kamu menyangka, dirimu sendiri yang memandumu untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Sebaliknya ketahuilah, bahawa kamu adalah seorang hamba yang telah dijadikan oleh Allah untuk suka kepada perbuatan baik dan DIAlah juga yang mengilhamkan kepadamu untuk berbuat baik... Oleh itu jangan kamu mengabaikan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepadamu ini.

Memikirkan keadaan diri sendiri, apakah layak masuk ke dalam syurga adalah lebih penting dari sibuk mengatakan orang ini dan orang itu adalah ahli neraka.
Bukankah diri sendiri lebih penting dari orang lain???

Sesuatu yang tidak dikurniakan kepada mu.... Barangkali sahaja kerana kamu belum bersedia untuknya, atau barangkali juga kamu tiada kemampuan untuk memikulnya pada ketika itu, atau barangkali juga di sana ada sesuatu lain yang jauh lebih baik untuk mu... Justeru... Tenang dan berhati-hatilah.


Cetak  
Wallahu a'lam