Kepada yang bertelagah, renunglah hadis Nabi SAW tentang sifat Munafik Tulen, salah-satunya:
إذا خاصم فجر
Maksudnya: "... Apabila bertelagah, dia berbuat dosa..."
Dia berbuat dosa sehingga sanggup berbohong, mereka-reka cerita, menuduh, menghasut, membuat provok, membuka aib, menzalimi orang lain... asalkan dia puas dalam bertelagah.
Sedangkan alQuran menyebut:
والصلح خير
Maksudnya: "...dan perdamaian itu adalah lebih baik..."
Kepada yang inginkan perdamaian. Ingatlah pula firman Allah:
وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ
Maksudnya: "...dan disertakan bagi jiwa itu sifat kikir..." (kedua-dua ayat alQuran di atas dari surah alNisaa': 128)
Kikir iailah hendakkan setiap haknya dipenuhi, tanpa mengendahkan hak orang lain ke atasnya. Kikir ini PENGHALANG perdamaian. Kerana hak amat sukar dipenuhi. Jika setiap orang menuntut, haknya mesti dipenuhi, maka akan musnah binasalah kedamaian dan ketenteraman. Jika anda hendakkan perdamaian... beralahlah dlm banyak perkara, fikirkan kewajipan kita kpd org lain.