Tak Perlu Gusar Dgn Hadis Nabi SAW

Tak perlu gusar dgn hadis Nabi SAW:

إن المرأة تقبل في صورة شيطان وتدبر في صورة شيطان فإذا أبصر أحدكم إمرأة فلتأت أهله فإن ذلك يرد ما في نفسه

Maksudnya: "Sesungguhnya seseorg wanita (boleh sahaja) datang dalam gambaran syaitan dan pergi dalam gambarannya. Maka apabila seseorang drpd kamu semua melihat seorg wanita (yg mempersonakannya), maka datangilah isterinya, kerana demikian itu akan menolak apa2 (keghairahan) yg ada di dlm dirinya."

Hadis ini adalah hadis Sahih yg berada pd darjat yg tinggi kerana ia diriwayatkan oleh Imam Muslim. Ia adalah wahyu dr Allah SWT.

Mereka yg merasa dirinya pandai dan alim tak perlu gelisah dgn hadis ini. Ia TIDAK SEMESTINYA menunjukkan jahat atau menunjukkan betapa syaitannya wanita. Jika itu yg anda faham, maka sedarilah kejahilan diri sendiri, bukan merasakan tidak sesuai lagi hadis nabi. Fahamilah bahawa "Syaitan" itu boleh sahaja pd pandangan org yg memandang bukan "syaitan" itu merujuk kpd "yg dipandang". Lihatlah bimbingan dr baginda yg hendak disampaikan bukan mencari2 "siapa yg lebih syaitan" yg dok bersarang dlm fikiran.

Apabila kesyaitanan itu boleh jadi pd "yg melihat" yg biasanya adalah golongan lelaki yg telah dipersonakan pandangannya oleh syaitan. Maka pejuang2 aneh hak wanita tak payah poyo.


Cetak  
Wallahu a'lam