Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Jika kita sering diganggu dgn mimpi buruk sehingga terjaga daripada tidur. Apa yg perlu kita buat. Sebelum tidur telah amalkan bacaan yg dianjurkan oleh Nabi.
Jazakallahukhairan Ustaz.
Jawapan:
وعليك السلام ورحمة الله
Apa bacaan dr Nabi yg anda amalkan?
Penyoal:
Ustaz
Saya amalkan ini
SUNNAH TIDUR YG SAHIH DRP RASULULLAH SALLALLAHUALAIHIWASALAM
Caranya dengan praktis sunnah tidur
1- Ambil wudhu
2- Baca doa/zikir/ayat al-Quran
3- Tidur atas sisi kanan
4- Azam untuk bangun Qiamullail
5- Jika takut terlewat bangun, solat witir sebelum tidur
~~~~~~~~~~~~
[1]
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ ، ثُمَّ قُلْ :
Al-Bara' bin 'Azib radiallahu 'anhu berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila kalian pergi ke tempat tidur kalian, berwudhulah sebagaimana wudhu untuk solat. Kemudian berbaringlah di atas sisi kanan. Kemudian bacalah:
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ،
Ya Allah, aku serahkan diri ku kepada Mu.
وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ،
Aku serahkan urusan ku kepada Mu.
وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ،
Aku sandarkan diri ku kepada Mu dengan penuh mengharap dan takut kepada Mu.
لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ،
Tiada jalan untuk lari dan berlindung daripada Mu melainkan kepada Mu.
اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ ،
Ya Allah. Aku beriman dengan kitab Mu yang Engkau turunkan, dan aku beriman dengan Nabi Mu yang Engkau utuskan.
فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ، وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ . قَالَ : فَرَدَّدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا بَلَغْتُ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ. قُلْتُ : وَرَسُولِكَ ، قَالَ : لَا ، وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Seandainya engkau mati pada waktu malam itu, sesungguhnya engkau mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa ini sebagai perkataan terakhir yang engkau sebut. Al-Bara' berkata: Lalu aku mengulangi bacaan doa ini di hadapan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila aku sampai kepada bacaan: Ya Allah. Aku beriman dengan kitab Mu yang Engkau turunkan, Aku menyebut: Dan rasul Mu. Lalu baginda menegur: Tidak. Sebaliknya Nabi Mu yang Engkau utuskan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 241]
[2]
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ ، يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ وَهُوَ يَنْوِي أَنْ يَقُومَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى أَصْبَحَ كُتِبَ لَهُ مَا نَوَى وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ "
Abu Ad-Darda’ radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang pergi ke tempat tidur dalam keadaan sudah berniat untuk bangun mendirikan solat malam, lalu matanya menewaskan dia sehingga waktu pagi, maka ditulis untuknya (pahala qiamullail) yang telah dia niatkan. Tidurnya itu adalah sedekah daripada Tuhannya.
[Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail, hadis no: 1775, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
[3]
عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ،
'Aisyah radiallahu 'anha meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila pergi ke tempat tidurnya pada malam hati, baginda akan menyatukan kedua tapak tangannya.
ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا ، فَقَرَأَ فِيهِمَا : قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Kemudian baginda akan menghembus pada kedua tapak tangan itu, lalu membaca padanya: Surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.
ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ ،
Kemudian baginda akan menyapu bahagian tubuhnya yang dapat disapu dengan kedua tapak tangannya bermula dari kepala, wajah dan bahagian depan tubuhnya.
يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Baginda melakukan hal itu tiga kali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhoil al-Quran, hadis no: 4655]
[4]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ ، بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى ، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Kekasihku sallallahu ‘alaihi wasallam menasihati ku dengan tiga perkara: Iaitu berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan, mendirikan solat sunat dhuha sebanyak dua rakaat, dan melakukan solat witir sebelum tidur.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 1188]
Jawapan:
Jika demikian pastikan bacaan yg dibaca itu betul sebutannya.
Selain itu banyakkan beristighfar kpd Allah dan memperkukuh dan memurnikan aqidah kpdnya, agar apa yg dilafazkn oleh lidah sama dan terbit dr kefahaman dn keyakinan jantung hati yg benar.
Pasti, anda tidak lagi diganggu di dlm tidur. Krn Allah adlh tuhan yg mmperkenankan doa dan permohonan perlindungan dr para hambanya yg memenuhi perintah dan beriman kpdNya.