Bacaan Ketika Berbuka Puasa

Dianjurkan seseorang yang berpuasa, menyusul berbukanya, atau selepas menjamah sebiji tamar atau meneguk segelas air, membaca:

«ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ، وثَبَتَ الأَجْرُ إنْ شَاءَ اللهُ».

Maksudnya: "Telah hilang dahaga dan telah basah kerongkong, berpahala insyaAllah"

Demikian juga membaca:

«اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، عَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ»

Maksudnya: "Ya Allah kepada-Mu puasaku, atas rezki-Mu daku berbuka."

Dahulunya, 'Abdullah bin 'Umar RA ketika berbuka puasa akan menyebut:

«يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ، اِغْفِرْ لِيْ»

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang luas keampunan-Nya, berilah keampunan kepadaku."

-alSyeikh Muhammad Salim alBuhiriy- 


Cetak  
Wallahu a'lam