SDI 1237: Benarkah Istighfar Selepas Solat Hanya Dengan أستغفر الله Sahaja?

Soalan: 

Assalamu’alaikum ustaz. Benarkan istighfar selepas solat hanya boleh dengan sebutan astaghfirullah sahaja? Bila sebut lebih dari itu ia boleh jadi bid’ah?

Jawapan:

Tidak jadi bid’ah jika beristighfar selepas sebaik sahaja memberi salam solat dengan lafaz istighfar yang lain. Huraiannya adalah seperti berikut:

Dalil pandangan yang menolak lafaz istighfar lebih dari أستغفر الله ialah berdasarkan riwayat al-Imam Muslim daripada Thauban RA yang berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ:

Maksudnya: “Dahulunya Rasulullah SAW apabila berpaling (selesai) dari solat, baginda akan beristighfar tiga kali dan mengucapkan:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Setelah itu al-Walid berkata: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie: “bagaimana Istighfar itu?” beliau menjawab: “kamu ucapkan: أَسْتَغْفِرُ الله، أَسْتَغْفِرُ الله.” (Sahih Muslim beserta Syarah al-Nawawi: Kitab al-Masajid Wa Mawadhi’ al-SolahBab Istihbab al-Zikr Ba’d al-Solah Wa Bayan Sifatih, hadis bilangan 591)

Dalam hadis ini tidak dinyatakan sighah al-Istighfar yang dibaca oleh Nabi SAW sebaik sahaja memberi salam solat fardhu. Hadis ini juga jelas menunjukkan yang menyebut أستغفر الله itu adalah dari perkataan al-Imam al-Auza'ie, bukan dari Nabi SAW. Justeru sukar untuk kita menghukum bid‘ah bagi lafaz istighfar yang lain. Paling kuat yang dapat dikatakan bagi sesiapa yang mengutamakan lafaz ini ialah inilah lafaz dari rawi hadis. Untuk mengatakan lafaz lain itu bid‘ah pada saya ia satu kegopohan.

Al-Syeikh ‘Abdul Haq al-Dihlawi dalam Luma‘at al-Tanqih Fi Syarh Misykah al-Masabih 3/92 menyebut:

وقوله: استغفر ثلاثًا، قيل للأوزاعي: ما كيفية الاستغفار؟ قال: أستغفر اللَّه، أستغفر اللَّه، أستغفر اللَّه، وقد جاء في رواية أبي داود :يقول ثلاثًا: أستغفر اللَّه الذي لا إله إلا هو الحي القيوم

Maksudnya: “Perkataan Thauban: “Baginda beristighfar tiga kali.” Lalu ditanya kepada al-Awza‘ie: “bagaimana istighfar itu?” Beliau menjawab: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ. Terdapat juga dalam riwayat Abu Dawud: “Baginda mengucapkan tiga kali: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْم “Aku memohon ampun kepada Allah, yang tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri (mengurus makhluk).”

Oleh itu, kita boleh katakan bahawa, dalam Hadis Muslim ini menunjukkan tiada penetapan sighah al-Istighfar tertentu dari Nabi SAW untuk dibaca selepas memberi salam solat. Kerana itu al-Walid bin Muslim bertanya kepada al-Imam al-Auza’ie: “Bagaimana istighfar itu?”

Soalan beliau ini menunjukkan tidak terdapat sighah al-Istighfar tertentu yang diriwayatkan dari Nabi SAW, khas untuk dibaca selepas solat fardhu. Jika terdapat riwayat berkaitan sighah tertentu, maka tiada keperluan al-Walid bin Muslim bertanyakan soalan tersebut kepada al-Auza’ie, kerana sudah tentu sighah tersebut akan diamalkan secara meluas dalam kalangan ulama.

Jawapan dari al-Imam al-Auza’ie ini difahami beliau memaksudkan kepada sighah al-Istighfar dalam qadar minimum atau yang paling kurang bagi terlaksananya al-Istighfar, iaitulah أستغفر الله. Kata ‘Ubaidullah al-Rahmani al-Mubarakfuri dalam Mir‘ah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih 3/317:

وقيل: أقله أستغفر الله، والأكمل زيادة العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

“Dikatakan (istighfar itu) sekurang-kurangnya أستغفر الله dan yang lebih sempurna, dengan tambahan: أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْه  .

al-Syeikh Soleh bin ‘Abd Allah bin Hamad al-‘Usaimi (semoga Allah memelihara beliau di dalam kesihatan dan terus menyampaikan ilmu) menghuraikan dengan menarik dalam persoalan ini. Beliau berkata:

وفي الحديث الخبر عن وقوع الاستغفار منه؛ لقوله: (أستغفر ثلاثا)، ولم يأت في الحديث بيان الصيغة التي يقع بها الاستغفار، ولهذا قال الوليد بن مسلم الراويه الأوزاعي في صحيح مسلم: ما الاستغفار ؟، فقال: «أستغفر الله»، ولو كان بينهم صيغة معينة مروية عن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لم يحتج الوليد بن مسلم إلى سؤاله؛ لشيوع العمل بها حينئذ في المسلمين، فأجابه الأوزاعي بما يثبت به القدر الأقل من الاستغفار، وهو أن يقول المصلي: (أَسْتَغْفِرُ الله).

وروي عند أبي داود عن علي رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَلَّمَ مِنَ الصَّلَاةِ قال: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ .... الحديث. ورجاله ثقات، لكن أصله في مسلم أنه من دعاء النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المطلق غير المقيد بالصَّلاة، فقوله: (كان إِذَا سَلَّمَ مِنَ الصَّلَاةِ) غلط، والمحفوظ : أنَّه كان يدعو به في صلاته، فهذا الحديث فيه تعيين تلك الصيغة من الاستغفار لو صح، لكنه لا يصح فيه عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيءٌ.

فلما ثبت أصل الاستغفار دون صيغة معينة أختلفت عبارات الفقهاء فيما يقدم من الاستغفار، فمنهم من قال : يقول: (أستغفر الله الحي القيوم)، ومنهم من قال: يقول: (أستغفر الله العلي العظيم)، على أقوال متعددة.

وأحسن من هذا وذاك : تقديم ما كان يلزمه النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ من استغفاره في آخره عمره، فثبت في صحيح مسلم من حديث عائشةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بعد نزول سورة النصر عليه كان يقول: «أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ»، فأكمل الاستغفار أن يجمع العبد بين سؤال المغفرة وإعلان التوبة إلى الله، وهذا معنى قول المُصَنِّف : (وَأَكْمَلُهُ: (أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ)، وَأَدْنَاهُ: (أَسْتَغْفِرُ اللهَ))، فإذا اقتصر على قوله: (أَسْتَغْفِرُ الله) كان مُتَّبعًا للنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هديه.

وما ذكرناه من تقديم هَذِهِ الصيغة (أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ لا يُعكِّرُ عليه حديث شداد بن أوس عند البخاري أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قالَ: «سَيِّدُ الاسْتِغْفَارِ : اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ... إلى تمامه، فهذا الذكر سيد الاستغفار، لكن لم نقدمه؛ لأنَّ أعظميته باعتبار ما فيه من المعنى، فهو سيد الاستغفار؛ أي: أعظمه، لكن من جهة العمل وقع تقييده بالصباح والمساء، وأما فيما كان يلزمه النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هجيراه ويكثر من قوله فهو : (أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ)، فهو مُقدَّم على غيره.

“Dalam hadis Thauban RA terdapat pemberitahuan ucapan istighfar daripada Baginda SAW berdasarkan kenyataan Thauban: “Baginda beristighfar tiga kali.” Namun tidak terdapat di dalam hadis penjelasan sighah yang terlaksana istighfar dengan menyebutnya. Kerana itu al-Walid bin Muslim berkata kepada al-Awza’ie yang meriwayatkan hadis dalam sahih Muslim: “Bagaimana al-Istighfar (tersebut?)” Jawab al-Awza’ie: أستغفر الله. Kalaulah ada sighah (al-Istighfar) tertentu (untuk dibaca selepas solat) antara mereka yang diriwayatkan dari Nabi SAW, sudah tentu al-Walid bin Muslim tidak perlu bertanya tentangnya disebabkan sudah tentu ia menjadi amalan yang neluas diamalkan ketika itu oleh umat Islam. Lalu al-Awza’ie menjawab pertanyaan al-Walid tersebut dengan sighah Istighfar yang paling ringkas (القدر الأقل) iaitulah seseorang yang baru selesai solat berkata: أستغفر الله.”   

Diriwayatkan di sisi Abu Daud daripada ‘Ali RA bahawa Nabi SAW apabila memberi salam daripada solat akan membaca:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ....  

dan para perawinya adalah thiqat. Akan tetapi asal hadis ini ada dalam (sahih) Muslim dan ia termasuk dari doa Nabi SAW yang mutlaq tanpa dikaitkan dengan (bacaan) solat. Perkataan dalam hadis Abu Daud daripada ‘Ali: “Apabila Baginda memberi salam daripada solat”, adalah satu kekeliruan dan lafaz yang lebih terpelihara ialah baginda membaca istighfar tersebut dalam solat. Hadis ini terdapat penetapan sighah istighfar (dalam solat) jika ia sahih, namun tiada satu hadis yang sahih dari Nabi SAW tentang perkara ini.”

Ketika mana telah thabit asas beristighfar (selepas solat) tanpa terdapat sighah tertentu untuk diamalkan, maka berbezalah pandangan para ulama berkaitan sighah istighfar yang mana didahulukan untuk dibaca selepas solat. Di antara mereka ada yang berpandangan didahulukan sighah: أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْحَيَّ اْلقَيُّوم, ada pula yang berpandangan أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَلِيَّ الْعَظِيْمَ dan pandangan-pandangan lain.        

Pandangan yang lebih baik ialah mendahulukan istighfar Nabi SAW yang sering dilazimi oleh baginda di penghujung usia. Telah thabit dalam Sahih Muslim dari hadis ’Aisyah RA bahawa Nabi SAW selepas turunnya surah al-Nasr, baginda sering beristighfar dengan menyebut:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Daku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.” Maka istighafar yang paling sempurna ialah yang menggabungkan antara pemohonan maghfirah (keampuan) dan pengistiharan taubat kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh penulis. Jika seseorang berpada dengan menyebut: أَسْتَغْفِرُ اللهَ, maka dia juga seorang yang mengikut sunnat Nabi SAW. Mengutamakan sighah أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ (untuk dibaca selepas memberi salam solat) tidaklah digoyahkan dengan hadis Syaddad bin Aus di sisi al-Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda: “Penghulu al-Istighafar ialah: اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُك... dan seterusnya sehingga sempurna. Zikir ini adalah zikir penghulu al-Istighfar. Akan tetapi kita tidak mengutamanya (untuk dibaca selepas solat) kerana keagungannya adalah dari sudut kandungan maknanya, maka ia adalah penghulu al-Istighfar, iaitulah istighfar yang lebih agung. Akan tetapi dari sudut amalan, telah ada penetapan bacaannya iaitulah pada pagi dan petang hari. Adapun istighfar yang menjadi kebiasaan dan yang banyak diucapkan oleh baginda ialah أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ, maka ia diutamakan berbanding sighah lainnya.”  (Syarh al-Baqiyaat al-Salihaat Min al-Azkar Ba’d al-Salawat, hal: 15-17)

 

 


Cetak  
Wallahu a'lam