Adab Berzikir

Berzikir adalah ibadah. Ia memiliki adab yang perlu dijaga bagi memperolehi hasilnya. Antara adab-adab tersebut ialah:

  • Ikhlas kerana Allah SWT.

Memastikan niat Ikhlas kerana Allah adalah perkara terpenting bagi memastikan amalan zikir diterima oleh Allah SWT. Ini kerana setiap amalan ibadah yang tidak dilakukan dengan ikhlas tidak akan mendatangkan faedah sebaliknya memudharatkan sipelakunya. Firman Allah SWT:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ ٥

Maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (al-Bayyinah: 5)

al-Imam al-Nasa-ie meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili RA yang berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: أَرَأَيْتَ رَجُلًا غَزَا يَلْتَمِسُ الْأَجْرَ وَالذِّكْرَ، مَالَهُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «لَا شَيْءَ لَهُ»، فَأَعَادَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، يَقُولُ لَهُ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «لَا شَيْءَ لَهُ» ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ اللهَ لَا يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلَّا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا، وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ

Maksudnya: “Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: “apa pandanganmu terhadap seorang lelaki yang perperang kerana mengharapkan balasan dan pujian? Rasulullah SAW menjawab: “Dia tidak mendapat apa-apa di sisi Allah.” Kemudian baginda menyambung: “Sesungguhnya Allah tidak akan menerima apa-apa amalan melainkan ikhlas dan mengharapkan keredhaan-Nya.” (Riwayat al-Nasa-ie 3140 dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani)     

  • Berzikir menurut ketetapan yang telah ditetapkan jika ada

Zikir Muqayyad[1] seperti zikir selepas solat, zikir pagi dan petang dan seumpamanya yang telah ditetapkan waktu dan bilangan tertentu hendaklah diamalkan seperti ketetapan yang ada. Kata al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani RH:

واستنبط من هذا أن مراعاة العدد المخصوص في الأذكار معتبرة، وإلا لكان يمكن أن يقال لهم: أضيفوا لها التهليل ثلاثا وثلاثين، وقد كان بعض العلماء يقول: إن الأعداد الواردة كالذكر عقب الصلوات إذا رتب عليها ثواب مخصوص، فزاد الآتي بها على العدد المذكور لا يحصل له ذلك الثواب المخصوص؛ لاحتمال أن يكون لتلك الأعداد حكمة وخاصية تفوت بمجاوزة ذلك العدد

Maksudnya: “Dan diambil istinbath dari (hadis) ini[2] bahawa menjaga bilangan yang dikhususkan pada zikir-zikir adalah suatu yang muktabar. Jika tidak, mungkin sahaja boleh baginda katakan kepada mereka: “Tambahlah ucapan tahlil sebanyak 33 kali.” Kerana itu sebahagian ulama berkata: “Sesungguhnya bilangan yang didatangkan (oleh syara’) seperti zikir selepas solat, apabila ia disusuli dengan pahala yang khusus, maka jika seseorang yang melakukannya menambah bilangan lebih dari bilangan yang dinyatakan, dia tidak akan beroleh pahala khusus tersebut, kerana kemungkinan bilangan-bilangan tersebut memiliki hikmah dan keistimewaan yang akan luput dengan melangkau dari bilangan yang ditetapkan.”[3]  

  • Berzikir dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar.

Sunat berzikir dalam keadaan suci dari hadith kecil dan besar. Antara dalilnya:

  • Abu Daud meriwayatakan Nabi SAW bersabda:

إني كرهت أن أذكر الله عز وجل إلا على طهر أو قال على طهارة

Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah ‘azza wa jalla melainkan dalam keadaan suci.” (Dinilai Sahih oleh al-Albani)

  • Dalam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari RA yang berkata:

لَمَّا فَرَغَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْ حُنَيْنٍ بَعَثَ أَبَا عَامِرٍ عَلَى جَيْشٍ إِلَى أَوْطَاسٍ، فَلَقِيَ دُرَيْدَ بْنَ الصِّمَّةِ، فَقُتِلَ دُرَيْدٌ وَهَزَمَ اللهُ أَصْحَابَهُ، قَالَ أَبُو مُوسَى: وَبَعَثَنِي مَعَ أَبِي عَامِرٍ، فَرُمِيَ أَبُو عَامِرٍ فِي رُكْبَتِهِ، رَمَاهُ جُشَمِيٌّ بِسَهْمٍ فَأَثْبَتَهُ فِي رُكْبَتِهِ، فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ. فَقُلْتُ: يَا عَمِّ مَنْ رَمَاكَ؟ فَأَشَارَ إِلَى أَبِي مُوسَى فَقَالَ: ذَاكَ قَاتِلِي الَّذِي رَمَانِي، فَقَصَدْتُ لَهُ فَلَحِقْتُهُ، فَلَمَّا رَآنِي وَلَّى، فَاتَّبَعْتُهُ وَجَعَلْتُ أَقُولُ لَهُ: أَلَا تَسْتَحْيِي، أَلَا تَثْبُتُ، فَكَفَّ، فَاخْتَلَفْنَا ضَرْبَتَيْنِ بِالسَّيْفِ فَقَتَلْتُهُ. ثُمَّ قُلْتُ لِأَبِي عَامِرٍ: قَتَلَ اللهُ صَاحِبَكَ، قَالَ: فَانْزِعْ هَذَا السَّهْمَ فَنَزَعْتُهُ فَنَزَا مِنْهُ المَاءُ. قَالَ: يَا ابْنَ أَخِي أَقْرِئِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم السَّلَامَ، وَقُلْ لَهُ: اسْتَغْفِرْ لِي، وَاسْتَخْلَفَنِي أَبُو عَامِرٍ عَلَى النَّاسِ، فَمَكُثَ يَسِيرًا ثُمَّ مَاتَ، فَرَجَعْتُ فَدَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي بَيْتِهِ عَلَى سَرِيرٍ مُرْمَلٍ وَعَلَيْهِ فِرَاشٌ، قَدْ أَثَّرَ رِمَالُ السَّرِيرِ بِظَهْرِهِ وَجَنْبَيْهِ، فَأَخْبَرْتُهُ بِخَبَرِنَا وَخَبَرِ أَبِي عَامِرٍ، وَقَالَ: قُلْ لَهُ اسْتَغْفِرْ لِي، فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ، فَقَالَ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ»، وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ. ثُمَّ قَالَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّاسِ». فَقُلْتُ: وَلِي فَاسْتَغْفِرْ، فَقَالَ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مُدْخَلًا كَرِيمًا

Maksudnya: “Ketikamana Nabi SAW selesai dari peperangan di Hunain, baginda mengutuskan Abu ‘Amir[4] mengetuai satu pasukan tentera ke Awthas (mengikori tentera musuh yang melarikan diri). Lalu beliau dan pasukannya bertemu dengan Duraid (bin Simmah) dan Duraid berjaya dibunuh (oleh salah seorang dari tentera Muslim)[5] dan pasukannya dikalahkan oleh Allah. Kata Abu Musa: “Baginda mengutuskan daku juga bersama dengan (pasukan) Abu ‘Amir. Ketika mana beliau (Abu ‘Amir) dipanah pada (bahagian) lututnya oleh seorang lelaki (dari golongan musuh) Jusyami[6] dengan sebilah panah ke lutut Abu ‘Amir, apabila aku sampai di sisinya aku bertanya: “Wahai bapa saudara, siapakah yang telah memanah kamu ini?” Beliau membuat isyarat kepada Abu Musa dan berkata: “itulah orang yang memanahku.” Aku pergi mendapatkan lelaki tersebut. Apabila dia melihat aku, dia segera melarikan diri, dan aku segera mengejarnya dan berkata: “Apakah kamu tidak malu (kerana melarikan diri)? Kenapa kamu tidak kekal di situ untuk kita beradu?” Lalu lelaki itu berhenti dari melarikan diri. Lalu berlaku persaingan pedang antara kami, dan aku berjaya membunuhnya. Kemudian aku berkata kepada Abu ‘Amir: “Allah telah membunuh orang yang memanah kamu.” Kata Abu ‘Amir: “Cabutkan anak panah di lututku ini.” Lalu aku mencabutnya, dan beliau menyimbahkan air ke kawasan luka panah tersebut dan berkata: “Wahai anak kepada saudara lelakiku, sampaikan salam kepada Nabi SAW, katakan kepada baginda: “Mohonlah istighfar untukku.” Lalu beliau melantik aku untuk mengetuai pasukan tenteranya (pulang ke Madinah). Tidak berapa lama selepas itu, beliaupun gugur syahid. Aku (bersama pasukan tentera) kembali pulang dan bertemu Nabi SAW di rumah, ketika itu baginda sedang duduk di atas katil yang ditenun dengan tali yang terdapat hamparan di atasnya. Di belakang dan kedua-dua rusuk baginda (SAW) terdapat kesan tenunan kain katil (yang kasar). Aku menceritakan kepada baginda apa yang berlaku termasuk berita kematian Abu ‘Amir dan permohonannya: “Tolong mintakan kepada baginda akar memohon keampunan untukku.” Lalu baginda minta dibawakan sebekas air, seraya berwudhu. Kemudian baginda mengangkat kedua tangan[7] dan berdoa: “Ya Allah! Berilah keampunan kepada ‘Ubaid, Abu ‘Amir!” aku melihat tempat putih dua ketiak baginda. Baginda juga memohon: “Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat berada pada kedudukan yang tinggi berbanding ramai manusia lainnya.”  Kata Abu Musa: “(Ya Rasulullah) doakan juga untukku dan mohonlah keampunan untukku juga.” Lalu baginda berdoa: “Ya Allah, ampunkan dosa Abdullah bin Qais (nama sebenar Abu Musa), tempatkannya pada hari kiamat kelak di tempat yang mulia.” (Riwayat al-Bukhari 4323 dan Muslim 2498)

  • Menghadirkan hati untuk menghayati maksud yang terkandung di dalam zikir yang diucapkan.

Menghadirkan hati ketika berzikir adalah tujuan asal pensyariatan zikir. Al-Imam al-Nawawi berkata:

المراد من الذكر حضور القلب فينبغي أن يكون هو مقصود الذاكر فيحرص على تحصيله ويتدبر ما يذكر ويتعقل معناه، فالتدبر في الذكر مطلوب

Maksudnya: “Yang dikehendaki dari zikir ialah kehadiran hati. Maka semestinya dijadikan inilah tujuan oleh seseorang yang berzikir. Hendaklah dia bersungguh menghadirkannya dan memerhatikan apa yang dizikirkannya dan memikirkan makna zikir yang diucapkannya. Memerhatikan ungkapan zikir ketika berzikir adalah suatu yang dituntut…”[8]

Allah SWT berfirman:

  • Di dalam surah al-Hajj ayat 32:

 ذَٰلِكَۖ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ ٣٢

Maksudnya: “Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang mengagungkan Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.” (al-Hajj: 32)

  • Di dalam surah al-Anfal ayat 2:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ٢

Maksudnya:  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”

  • Surah al-Hajj ayat 34 dan 35:

وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِينَ ٣٤ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمۡ وَٱلۡمُقِيمِي ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣٥

Maksudnya: “....Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.”  

  • Merendahkan suara dan menyembunyikan zikir.

Firman Allah SWT:

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِي نَفۡسِكَ تَضَرُّعٗا وَخِيفَةٗ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَٰفِلِينَ ٢٠٥

Maksudnya: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (al-A’raf: 205)

Kata al-Imam Ibn Kathir: “Demikian itu dianjurkan dijadikan zikir itu bukan seperti seruan yang bersangatan keras.”[9]

Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya:

كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ- صلى الله عليه وسلم- فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُوْنَ فِيْ التَّكْبِيْرِ، فَقَالَ النَّبِيِّ- صلى الله عليه وسلم-:"أَيُّهَا النَّاس، ارْبَعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ؛ إِنَّكُمْ لَا تَدْعُوْنَ أَصُمَّ وَلَا غَائِبًا، إِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ"

Mafhumnya: “Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi SAW (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi SAW bersabda: “Wahai sekelian orang, kesihanilah diri kamu sendiri, sesungguhnya kamu semua bukan menyeru zat yang pekak dan jauh, sebaliknya kamu semua menyeru kepada tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, Dia bersama dengan kamu semua.” (HR al-Bukhari)

Berzikir dengan memperlahan dan menyembunyikan suara juga terdapat banyak kebaikan, antaranya:

Pertama: Bukti beriman kepada Allah SWT Maha Mendengar. Dia Maha Mendengar zikir para hambaNya sekalipun perlahan. Perkara ini berbeza dengan tanggapan orang-orang musyrik seperti hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA:

اخْتَصَمَ عِنْدَ الْبَيْتِ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ قُرَشِيَّانِ وَثَقَفِيٌّ أَوْ ثَقَفِيَّانِ وَقُرَشِيٌّ قَلِيلٌ فِقْهُ قُلُوبِهِمْ كَثِيرٌ شَحْمُ بُطُونِهِمْ فَقَالَ أَحَدُهُمْ أَتَرَوْنَ أَنَّ اللَّهَ يَسْمَعُ مَا نَقُولُ فَقَالَ الْآخَرُ يَسْمَعُ إِذَا جَهَرْنَا وَلَا يَسْمَعُ إِذَا أَخْفَيْنَا وَقَالَ الْآخَرُ إِنْ كَانَ يَسْمَعُ إِذَا جَهَرْنَا فَإِنَّهُ يَسْمَعُ إِذَا أَخْفَيْنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ

Mafhumnya: “Tiga orang pernah bertengkar berhampiran dengan Kaabah. Dua daripada mereka adalah dari keturunan Qurasyi dan seorang dari keturunan Thaqafi, atau dua orang mereka Thaqafi dan seorang lagi Qurasyi, mereka tiada kefahaman jiwa, tetapi mempunyai lemak perut yang banyak (berbadan gemuk). Kata salah seorang daripada mereka: “Apakah kamu merasakan Allah mendengar apa yang kita ucapkan.” Jawab salah seorang daripada mereka: “Dia mendengar, jika kita menguatkannya, dan Dia tidak mendengar jika kita perlahankannya.” Kata seorang lagi: “Jika Dia mendengar sekiranya kita menguatkan suara, maka Dia juga mendengar jika kita perlahankan.” Lalu Allah SWT menurunkan ayat:

Mafhumnya: "Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu Yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka Bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa Yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).”[10] (HR al-Tirmizi dan katanya: Hadis ini Hasan Sahih)

Kedua: Memperlahan dan menyembunyikan suara ketika berzikir termasuk di dalam adab dan perbuatan mengagungkan Allah SWT. Bukankah ketika berbicara dengan seorang raja tidak wajar diangkat dan ditinggikan suara kerana memuliakannya. Melainkan berbicara dengannya sekadar suara yang dapat didengarinya sahaja. Maka Allah SWT amat sempurna dan mulia dari segalanya. Jika Allah SWT Maha Mendengar suara yang perlahan, maka apakah keperluan untuk mengeraskan suara zikir kepadaNya? Bahkan perbuatan tersebut tidak bersesuaian dengan adab yang sewajarnya bagi seorang yang benar-benar merendahkan diri di hadapan-Nya.

Ketiga: Lebih bersesuaian dengan sifat khusu’ dan merendahkan diri. Bahkan merendah dan menyembunyikan suara itu merupakan tanda seseorang yang khusu’ dan merendahkan diri. Ketika dia berzikir dia merasakan dirinya seorang yang benar-benar mengharapkan Allah, miskin dan hina, maka sudah tentu dia akan merendahkan suaranya.

Keempat: Lebih hampir kepada ikhlas.

Kelima: Tanda seseorang hamba merasai dirinya benar-benar hampir dengan Allah SWT, demikian Allah juga hampir kepadanya. Justeru dia berbisik, memperlahan dan menyembunyikan suara kerana dia tahu Allah hampir dan mendengar zikirnya. Bukan terjerit-jerit seolah-olah seorang yang jauh dari Allah SWT.

Keenam: Dapat mengelakkan diri dari rasa jemu. Ini kerana berzikir dengan suara yang perlahan dan berbisik tidak meletihkan anggota badan. Berbeza jika diangkatkan suara yang sudah tentu meletih dan menjemukan. Tiada orang yang mampu melakukannya berulang kali, sedangkan zikir digalakkan berulang kali dan berterusan seperti yang telah dijelaskan di bahagian awal.

  • Sunat memperbanyakkan zikir.

Imam Muslim (2676) meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: سَبَقَ المفَرِّدُونَ “Telah mendahului golongan al-Mufarridun.” Lalu para sahabat bertanya: “Siapakah golongan al-Mufarridun wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: الذَّاكِرُونَ اللهَ كَثِيرًا، وَالذَّاكِرَاتُ “Orang lelaki dan perempuan yang mengingati Allah dengan banyak.”

      Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA pula Imam Muslim (2698) meriwayatkan beliau berkata:

كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: «أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ، كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ؟»، فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ: كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ؟ قَالَ: «يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ، فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ، أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ

Maksudnya: “Dahulu ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba baginda bersabda: “apakah seseorang daripada kamu tidak mampu untuk mendapatkan 1000 kebaikan?” Salah seorang yang berada di situ berkata: “Bagaimana seseorang dari kami boleh memperolehi kebaikan sebanyak 1000 itu?” Baginda menjawab: “dia bertasbih 100 kali, maka dicatiti untuknya 1000 kebaikan atau akan dihapuskan darinya 1000 kesalahan.”

------------------------------------------------ 

[1] Zikir terbahagi kepada dua bahagian. 1) Zikir Mutlaq iaitulah zikir yang tidak dikaitkan dengan sebarang waktu, tempat dan keadaan seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (373) daripada ‘Aisyah RA yang berkata: كان النبي صلى الله عليه وسلم يذكر الله على كل أحيانه yang bermaksud: “Adalah Nabi SAW sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan baginda.”  2) Zikir Muqayyad iaitulah zikir yang dikaitkan dengan sesuatu waktu, tempat, keadaan atau dengan sesuatu sighah dan bilangan yang tertentu. Zikir kumpulan ini hendaklah dilakukan menurut ketetapan yang dinyatakan.

[2] Iaitulah hadis bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil selepas solat sebanyak 25 kali hasil dari mimpi seorang sahabat. Lalu Nabi SAW memerintahkan para sahabat melakukan sepertimana yang dinyatakan di dalam mimpi tersebut. Lihat Fath al-Bari bersama ta’liq oleh Bin Baz dan al-Barrak. Jilid 3/82, cetakan pertama 1426H/2005M, Dar Taibah, Riyadh Saudi.

[3] Lihat Fath al-Bari bersama ta’liq oleh Bin Baz dan al-Barrak. Jilid 3/82, cetakan pertama 1426H/2005M, Dar Taibah, Riyadh Saudi.

[4] Abu ‘Amir al-Asy’ari RA. Nama beliau ‘Ubaid bin Sulaim bin Hidhar al-Asy’ariy عُبَيْدُ بْنُ سُلَيْمِ بْنِ حِضَارٍ الْأَشْعَرِيِّ bapa saudara Abu Musa al-Asy’ariy. Ibn Ishak berpandangan beliau ialah anak lelaki kepada bapa saudara Abu Musa al-Asy’ari (sepupu). Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Pandangan yang pertama (bapa saudaraI adalah lebih masyhur.” Lihat Fath al-Bari oleh al-hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani, Dar al-Rayyan li al-Turath 1407H/1986M, 7/637

[5] Para ulama berbeza pandangan siapakah yang membunuh Duraid. Ibn Ishak berpandangan yang membunuhnya ialah Rabi’ah bin Rufai’ رَبِيعَةُ بْنُ رُفَيْعٍ yang dikenali sebagai Ibn al-Dughunnah ابْنُ الدُّغُنَّةِ. Di Musnad al-Bazzar daripada Anas bin Malik RA dengan sanad yang hasan ada isyarat yang menunjukkan yang membunuh Duraid ialah al-Zubair bin al-‘Awwam RA. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan boleh difahami Ibn al-Dughunnah bersama kumpulan al-Zubair bin al-‘Awwam yang menyerang kumpulan Duraid, lalu Ibn al-Dughunnah yang membunuh Duraid, namun dinisbahkan kepada al-Zubair bin al-Awwam  

[6] Iaitulah seorang lelaki dari bani Jusyam بَنِي جُشَمٍ. Para ulama berbeza pandangan berkaitan namanya. Ibn Ishak mengatakan namanya ialah Salamah bin Duraid bin al-Simmah. Ibn Hisham mengatakan yang memanah Abu ‘Amir ialah dua adik-beradik dari Bani Jusyam iaitulah seorang bernama Awfa أَوْفَى  dan al-‘Ala’ الْعَلَاءُ  anak al-Harith. Kata Ibn Hajar mungkin nama yang disebut oleh Ibn Hisham (Salamah) turut serta dalam pembunuhan Abu ‘Amir itu.

[7] Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani RH: “Diambil faedah darinya galakan bersuci (berwudhu) untuk berdoa (dan juga berzikir) dan mengangkat dua tangan untuk berdoa berbeza dengan mereka yang mengkhususkan mengangkat dua tangan untuk doa istisqa’ sahaja.”

[8] al-Azkar al-Nawawiyyah halaman 16.

[9] Tafsir al-Quran al-‘Azhim. Dar Ibn Hazm, cetakan pertama 1420H/2000M, Beirut Lebanon, halaman: 815

[10] Fussilat: 22


Cetak  
Wallahu a'lam