Doa Sujud: Kembali Kepada Allah Kerana Takutkan Murka Dan Hukuman Dari-Nya

Daripada 'Aisyah RA yang berkata:

"Pernah satu malam daku kehilangan Rasulullah SAW dari tempat tidur. Lalu aku meraba-raba mencari baginda. Tiba-tiba sebelah tanganku tertempel di dua perut betis baginda yang sedang sujud, kedua-dua telapak kaki baginda didirikan, baginda membaca:

اللهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Maksudnya: "Ya Allah, daku berlindung dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, (daku berlindung) dengan kemaafan-Mu dari hukuman-Mu. Daku berlindung dengan-Mu dari (kemurkaan)-Mu. Tidak mampu daku menghitung pujian dan pujaan kepada-Mu. Dikaulah Tuhan yang benar-benar terpuji sepertimana Dikau memuji diri-Mu sendiri." (HR Muslim di dalam Sahihnya)


Cetak  
Wallahu a'lam