CONTOH PRAKTIKAL AL-ISTIKHARAH
Sebagai contoh mudah bagi perlaksanaan Istikharah, saya datangkan situasi seorang lelaki yang hendak meminang seorang perempuan.
Pertama dia disunnahkan untuk menunaikan solat sunat dua rakaat dengan niat Istikharah, setelah selesai menunaikan solat 2 rakaat, dia berdoa dengan doa Istikharah. Caranya adalah seperti berikut:
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ،
اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ زَوَاجِيْ مِنْ فُلَانَة بِنْتِ فُلَان خَيْرٌ لِي فِي دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ،
اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ زَوَاجِيْ مِنْ فُلَانَة بِنْتِ فُلَان شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِيْ بِهِ
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon Engkau pilihan untuk-ku dengan pengetahuan-Mu, dan aku memohon ketentuan dengan kekuasaan-Mu, dan aku juga memohon kepada-Mu dengan kelebihan-Mu yang maha agung, sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkaulah yang maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau jugalah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi[1]. Ya Allah daku serahkan dalam pengetahuan-Mu jika perkahwinan-ku dengan wanita ini (disebutkan nama wanita tersebut)[2] baik untuk-ku, agama-ku, kehidupan-ku dan baik juga kesudahannya, baik untuk dunia dan akhirat-ku, maka takdirkanlah urusan itu kepada aku dan mudahkanlah dia untuk-ku kemudian Engkau berkatikanlah urusan itu untuk aku. Ya Allah daku serahkan dalam pengetahuan-Mu jika perkahwinan-ku dengan wanita ini (disebutkan nama wanita tersebut)[3] buruk untuk-ku, agama-ku, kehidupan-ku dan kesudahnnya, buruk untuk dunia dan akhirat-ku[4], maka palingkanlah urusan itu daripada-ku, dan palingkanlah juga aku daripadanya, kemudian takdirkanlah untuk-ku kebaikan lain walau dimana sahaja kebaikan itu berada, kemudian Engkau jadikanlah aku redha dengannya.”
-------------------------------------
[1] Disertakan perasaan mengiktiraf Allah S.W.T sahaja yang mengetahui kebaikan atau keburukan urusan yang terselindung daripada kita. Demikian juga mengiktiraf kejahilan diri tidak mengetahui kebaikan atau keburukan urusan tersebut. Oleh itu kita merendahkan diri memohon Allah S.W.T. pilihkan kebaikan untuk kita, memudahkan kebaikan itu untuk kita dan memberkati pemilihan itu ke atas kita.
[2] Sila lihat ayat yang di’bold’kan. Pada kedudukan ayat itu diganti bersesuaian dengan tujuan seseorang. Jika dia beristikharah kerana sesuatu kerja, maka dia sebutkan kerjanya itu dan begitulah seterusnya. Dia boleh juga mengingatkan sahaja perkara itu di dalam fikirannya.
[3] Rujuk nota kaki 13
[4] Rujuk nota kaki 8 di atas.