SDI 1165: Bacaan Perlindungan Dari Korona Utk Anak-Anak
- Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, ramai asyik bercakap ttg bacaan utk lindungi diri dr wabak korona. Kalau kita baca: A'uzubikalimatillahittaammaati min syarri ma khalaq" utk lindungi diri kita. Apakah bacaan yg sama utk anak kita?
Jawapan:
Terdapat banyak bacaan berdasarkan hadis sahih yg boleh dibaca bagi maksud melindungi diri dr wabak korona. Salah satunya bacaan yg anda sebutkan iaitulah:
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Maksudnya: "Daku berlindung dengan kalimat2 Allah yg sempurna dr kejahatan yg dibuat oleh makhluk yg diciptaNya." Bacaan ini dibaca sebanyak 3x pada pagi dan petang hari.
Bagi bacaan perlindungan utk anak2 yg kecil atau sesiapa shj yg tak dapat membaca ialah dgn sedikit perubahan di awal bacaan, iaitulah
أُعِيْذُكُمْ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Maksudnya: " (U 'iee zhu kum) Daku memperlindungkan kamu semua (anak2) dengan kalimat2 Allah yg sempurna dr kejahatan yg dibuat oleh makhluk ciptaanNya."
TIDAK DISYARATKAN perlu hembusan. Boleh dibaca ketika anak2 berada di hadapan (nak hembuspun boleh), boleh juga ketika berjauhan, krn ia berupa doa.
WA
- Wallahu a'lam