Bacaan Ketika Dibebani Hutang

Friday, November 30, 2012

  1. Daripada ’Ali bin Abi Tolib yang berkata: “Bahawa seorang hamba Mukatab (Hamba yang diletakkan syarat oleh tuannya untuk bebas dengan sesuatu bayaran) datang kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah tidak mampu untuk memenuhi bayaran yang ditetapkan oleh tuanku (الكتابة), bantulah aku! Jawab ‘Ali RA: Mahukah kamu aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang diajar kepadaku oleh Rasulullah SAW? Sekalipun kamu memiliki hutang seumpama bukit yang besar, Allah akan melangsaikannya darimu. ‘Ali berkata: Bacalah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Mafhumnya: Ya Allah cukupkanlah daku dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan daku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” (HR al-Tirmizi. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib)


Cetak  
Wallahu a'lam