Soalan:
Assalamualaikum Ustaz Kadir . Tolong bagi pencerahan sikit , yg mana yg betul bacaanya ๐๐๐
Al-Afasi baca HUWAL HAYYUL QAYYUMU... saya dengar dr sini: Klik utk bacaan alSyeikh Rasyid al'Afasi
Dato' Badaruddin baca HUWAL HAYYAL QAYYUMA... Klik utk bacaan SS Dato' Badaruddin
Jawapan:
Persoalan ini masuk dalam persoalan I'rab dalam tatabahasa 'Arab yang disebut Nahu.
Bacaan yang disebut oleh Dato' Badaruddin tersebut mungkin itulah i'rab yang terlintas pada beliau, kerana semamangnya bacaan seperti yang beliau sebut itu yang lebih jelas jika sekali pandang. Atau boleh kita katakan bacaan yang beliau sebut itu lebih jelas i'rabnya berbanding bacaan Syeikh Masyari Rasyid al-'Afasi, sekalipun bacaan al'Afasi itu juga tidak merosakkan makna. Kesilapan Datoโ Badaruddin apabila mengatakan salah sesiapa yang membaca seperti bacaan Syeikh Masyari Rasyid al-โAfasi.
Oleh itu, kedua-dua bacaan tersebut adalah BOLEH. Di bawah ini huraian ringkas yang dapat saya buat:
1. Ayat ุงูููุญูููู ุงูููููููููู ู dibaca al-HayYA al-QayyuMA seperti yang dibaca oleh Dato' Badaruddin Hj. Ahmad dengan mengatakan kedua-dua kalimah ini adalah na'at ููุนูุช atau sifat kepada kalimah ุงูููู yang berapa pada kedudukan maf'ulun bih ู ูุนูู ุจู yang berbaris fathah kerana isim mufrad.
2. Kalimah ุงูููุญูููู ุงูููููููููู ู juga BOLEH dibaca al-HayYU al-QayyuMU seperti yang dibaca oleh Syeikh Masyari Rasyid al'Afasi dengan mengatakan kedua-dua kalimah ini berapa pada kedudukan sifat yang berhukum marfu' kepada ganti nama ูููู yg berhukum marfu'. Jika kita anggap ูููู itu adalah badal kepada prediket yang dibuang atau ditiadakan.
Untuk lebih jelas saya turunkan satu-persatu i'rabnya di bawah ini secara ringkas:
- Ungkapan ุฃูุณูุชูุบูููุฑู adalah fi'il dan fa'il (perbuatan dan pelaku)
- Kalimah ุงูููู = dibaca AllaHA kerana maf'ulun bih (perbuatan atau fi'il berlaku atau kena padanya). Ia berhukum mansub dengan alamat mansubnya adalah fathah kerana isim mufrad.
- Kalimah ุงูููุนูุธูููู
ู = dibaca al-'AzhiMA kerana sifat kepada kalimah ุงูููู yang berbaris fathah.
Sehingga di sini kedudukan i'rab bagi kalimah-kalimah dalam ayat istighfar tersebut sama di antara Dato Badaruddin dengan Syeikh Masyari.
Bagi bacaan Syeikh Masyari kita boleh andaikan untuk ungkapan-ungkapan berikutnya adalah sebagai:
- Ungkapan ุงูุฐู ialah isim mausul, yang berada pada kedudukan mubtada' marfu'di dalam ayat, atau ia berada pada kedudukan subjek yang berhukum marfu'.
- Manakala penafian ููุง ialah nafiah lil jins.
- Ungkapan ุฅููููู IlaHA pula ialah kata nama atau isim untuk ููุง nafiah lil jins di atas. Isim kepada ููุง nafiah lil jins berhukum mansub. Pada kalimah ุฅููููู dibaca IlaHA kerana isim mufrad mansub dengan fathah.
Prediketnya atau khabarnya ditiadakan dalam ayat ini, tetapi diandaikan ada bagi menyempurnakan maksud iaitulah ุญู, sehingga jadilah ungkapan ini: ููุง ุฅููููู ุญูููู bermaksud "tiada sembahan sebenar-benarnya..."
Atau boleh juga dikatakan prediket yang ditiadakan itu ialah ู ุนุจูุฏ ุจุญู sehingga jadilah ungkapan ini yang sebenarnya memaksudkan: ููุง ุฅููููู ู ูุนูุจูููุฏู ุจูุญูููู yang bermaksud "tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya..."
- Ungkapan ุฅููููุง pula ialah alat berbahasa bagi tujuan pengecualian.
- Ganti nama berikutnya iaitulah ูู menjadi badal kepada prediket yang ditiadakan, yang diandaikan di atas tadi (ุญู/ ู ุนุจูุฏ ุจุญู). I'rab badal adalah mengikut kalimah yang dibadalkan. Maka dalam ungkapan ini ia badal kepada prediket atau khabar yang berhukum marfu'.
Justeru jadilah ungkapan ุงูุญู ุงููููู itu sifat kepada ganti nama ูู yang marfu' kerana badal kepada prediket atau khabar yang marfu'. Jadilah bacaannya seperti yang dibaca oleh Syeikh Masyari al'Afasi.
Saya tidak memanjang atau menyempurnakan i'rab ungkapan istighafar ini. Hanya saya fokus kepada titik perbezaan bacaan sahaja.