Soalan:
بِسْمِ اللَّه، بسم الله، بسم الله، أَعُوذُ باللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.
Adakah jampi ini benar dr Nabi?
Jawapan:
YA BENAR ia termasuk jampian yang diajar oleh Nabi SAW. Berdasarkan hadis riwayat Muslim:
عن عثمان بن أبي العاص أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعاً يجده في جسده منذ أسلم ، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على المكان الذي تَأَلَّم من جسدك وقل : (بسم الله ثلاثاً ، وقل سبع مرات : أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر)
Maksudnya: "Daripada Uthman bin Abi alAsh yang pernah mengadu kepada Rasulullah SAW perihal sakit yang ada pada jasadnya semenjak dia memeluk Islam. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: "letakkan tanganmu di tempat sakit kemudian baca: “Dengan nama Allah”. (3x). Dan baca: “Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan/keburukan yang aku dapati dan aku takuti”. (7x) (Riwayat Muslim)
Soalan:
Ustaz, Ada petua kata pegang di tempat yg sakit ketika baca doa atau jampi tu. Kemudian lepas seolah2 membuang kesakitan setiap kali habis dibaca, blh pakai ka petua tu..
Jawapan:
1) Letak tangan di tempat sakit disebut dalam hadis. Ia bukan sekadar petua, sebaliknya ia petunjuk dari Nabi SAW.
2) Sesudah baca, lepas tangan seolah-olah buang kesakitan. Perkara ini tak dinyatakan di dalam hadis. Ia termasuk perkara yang didiamkan oleh hadis. Tetapi sudah tentu setiap orang membaca jampi ini memang mengharapkan kesembuhan dari jampian yang dibacanya. Dalam bab jampi, ada suatu yg disebut sbg قراءة تصويرية yang menghampiri maksud soalan ini. Oleh itu, perkara seperti ini kita diamkan sahaja jika ada orang buat. Namun tak boleh dikatakan ia mesti dilakukan dan dari tunjuk ajar nabi SAW. Atau boleh juga perbuatan seperti itu masuk dalam kategori التفاءل iaitulah harapan yang bersungguh agar dibuang jauh penyakit dari badan.
Nota akhir: Belajarlah menjampi diri sendiri, kerana kita lebih sayangkan diri kita sendiri berbanding orang lain. Hadis ini menunjukkan dengan jelas Nabi mengajar Uthman menjampi dirinya sendiri, baginda tidak menjampinya. Namun saya tidak nafikan Nabi ada menjampi para sahabat baginda. Tetapai cuba bayangkan... para sahabat yang dididik oleh Nabi tidak sentiasa mengharapkan Nabi yang menjampi mereka, sedangkan mereka sedar kemuliaan dan ketinggian kedudukan baginda. Suasana pengamalan sebegini tidak berlaku dalam masyarakat kita. Ia perlu diubah dan dibaiki. Apatah lagi telah wujud tukang-tukang jampi karut dewasa ini dengan dakwaan-dakwaan karut yang berbagai. Semoga Allah memelihara kita semua.