Sunnah Sebelum Tidur Yang Dilupakan

Friday, September 28, 2012

Daripada al-Barra bin ‘Azib RA katanya: Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu, berwudhulah sama seperti wudhu untuk menunaikan solat, setelah itu berbaringlah di atas rusuk kanan, kemudian membaca:

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Mafhumnya: “Ya Allah, daku serahkan wajahku kepadamu, dan daku serahkan urusanku kepadaMu, dan daku sandarkan urusanku kepadaMu, mengharapkan pahala dan bimbangkan azabMu, tiada jalan keluar dan tiada tempat berlindung daripadaMu melainkan kepadaMu, Ya Allah daku telah beriman dengan kitabMu yang telah Engkau turunkan, dan daku juga telah beriman dengan nabiMu yang telah Engkau utuskan.” Seterusnya baginda SAW bersabda: “Jika kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam keadaan fitrah, oleh kerana itu jadikanlah bacaan itu ucapan akhir kamu.” Kata al-Barra bin ‘Azib: “Lalu daku mengulangi bacaan itu kepada Nabi SAW, apabila sampai pada: اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ seterusnya daku menyambung: وَرَسُوْلِكَ,… tiba-tiba Nabi berkata: “Jangan, (kekalkan) وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.”

(Ahmad 4/290, bil: 18584. Al-Bukhari 1/97, bil: 244. Muslim 4/2081, bil: 2710. Abu Daud 4/311, bil: 5046. Al-Tirmizi 5/468, bil: 3394, katanya: “Hadis Hasan.” Al-Nasaie dalam al-Kubra 6/195, bil: 10618. Ibn Khuzaimah 1/108, bil: 216. Ibn Majah 2/1275, bil: 3876)


Cetak  
Wallahu a'lam