SDI 0656: Doa Ketika Menziarahi Kematian

Soalan:
Apakah doa yang wajar dibaca ketika menziarahi kematian?

Jawapan:

Berdasarkan hadis tentang kematian Abu Salamah RA, ketikamana baginda SAW datang menziarahinya, baginda menutupkan kedua mata Abu Salamah kemudian bersabda:

“Sesungguhnya sesuatu ruh apabila ditarik, penglihatan akan menurutinya.” Lalu kedengaran suara riuh-rendah orang ramai, baginda seterusnya bersabda: “Jangan kamu semua menyebut perkara-perkara yang tidak baik untuk diri kamu sendiri, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu semua katakan.” Seterusnya baginda membaca:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ افْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Mafhumnya: “Ya ALLAH berilah keampunan untuk Abu Salamah , tinggikan kedudukannya bersama orang-orang yang menerima hidayah, jadilah pengganti kepadanya untuk ahli keluarganya yang masih hidup, berilah keampunan kepada kami dan dia, wahai TUHAN SEKELIAN ALAM, Ya ALLAH luaskanlah untuknya kuburnya dan berilah cahaya kepadanya.” (HR Muslim)


Cetak  
Wallahu a'lam