SDI 0659: Darjat Sebahagian Lafaz Qunut Nazilah

Soalan:


Ustaz, saya ada dengar seorg imam membaca dlm doa qunut nazilah:

الَلّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْباً مِنْ كِلَابِك

Soalan saya, apakah lafaz ini bersumberkan dr nabi?

Jawapan:

Ya, lafaz doa tersebut sememangnya bersumberkan dari Nabi SAW. Lafaz tersebut dibaca oleh baginda ditujukan kepada musuh baginda iaitulah sepupu baginda sendiri, anak kepada Abu Lahab. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh alHakim 3984, alBaihaqi di dalam alDala-il 622:

أن لهب بن أبي لهب كان يسب النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : (اللهم سلط عليه كلبك) ، فخرج في قافلة يريد الشام فنزل منزلا فقال : إني أخاف دعوة محمد صلى الله عليه وسلم ، قالوا له : كلا . فحطوا متاعهم حوله وقعدوا يحرسونه ، فجاء الأسد فانتزعه فذهب به

Maksudnya: "Bahawa Lahab bin Abi Lahab dahulunya sering melontarkan makian kepada Nabi SAW. Nabi SAW berdoa:

الَلّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْبَك

Maksudnya: "Ya Allah, kirimkanlah ke atas mereka seekor anjing (binatang buas) yang Engkau ciptakan."

Suatu hari dia keluar bersama satu rombongan menuju ke Syam, lalu singgah di satu tempat dan dia berkata: "Aku bimbangkan doa Muhammad (SAW)." Orang lain berkata kepadanya: "Jangan dibimbangkan." Lalu mereka melingkungnya dengan barang-barang mereka dan duduk mengawasinya. Tiba-tiba datang seekor singa menyerang dan membunuhnya dan membawa dia pergi."

Tentang hadis ini, alHakim berkata: "Sahih alIsnad." Dan perkataan alHakim ini dipersetujui oleh alZahabi. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam alDala-il 220, dalam riwayat ini dinamakan anak Abu Lahab ini sebagai 'Utbah bin Abi Lahab عتبة dan ada tambahan:

.....كلبا من كلابك

Hadis ini dinilai Hasan oleh alHafidz Ibn Hajar di dalam Fath alBari 4/39, al'Aini dalam 'Umdah alQari 16/51, alSyaukani dalam Nail alAwthor 5/80 dan alSon'ani dalam Subul alSalam 2/195.


Cetak  
Wallahu a'lam