SDI 0662: Apa Beza Ungkapan Tiada Upaya Dan Tiada Kekuatan Di Dlm Zikir?

Soalan:
Ustaz, dlm zikir kita baca:

La hawla wa la quwwata Illa billah, maksudnya:

"Tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah."

Apa maksud zikir ini? Dan apa pula beza antara upaya dan kekuatan?

Jawapan:

Zikir yg ditanya dinamakan sbgi zikir alHawqalah الحوقلة. Ada beberapa pandangan ulama ttg maksud zikir ini.

Imam alNawawi di dlm Tahzib alAsma' wa alLughat menyatakan حول bermaksud alHarakah atau pergerakan spt yg dinyatakan oleh Abu alHaitham. Org Arab apabila hendak menyatakan seseorg itu bergerak, akan menyebut:

أَحَالَ الشَخْصُ

Oleh itu kalimah alHawqalah berdasarkan maksud ini membawa pengertian:

"Tiada keupayaan bergerak dan tiada kemampuan melainkan dengan kehendak Allah jua."

Abu 'Umar pula di dlm alSyarh drpd Ibn 'Abbas RA berkata: "Tiada upaya bagi menolak kejahatan dan tiada kekuatan bagi mengambil kebaikan melainkan dengan izin Allah."

Ada juga yg berkata ia bermaksud: "Tiada upaya menjauhi maksiat melainkan dgn pemeliharaan dr Allah, dan tiada kekuatan utk melakukan ketaatan melainkan dgn pertolongan dr Allah. Pandangan ini dinukilkan dr Ibn Mas'ud RA.

Ibn Hajar di dlm alFath berkata:

معنى لا حول ولا تحويل للعبد عن معصية الله إلا بعصمة الله ولا قوة له على طاعة الله إلا بتوفيق الله، وقيل معنى لا حول لا حيلة , وقال النووي هي كلمة استسلام وتفويض وأن العبد لا يملك من أمره شيئا وليس له حيلة في دفع شر ولا قوة في جلب خير إلا بإرادة الله تعالى

Maksudnya: "Makna La Hawla (iaitulah) tiada (keupayaan) mengubah bagi seseorg hamba dr maksiat kepada Allah melainkan dgn pemeliharaan Allah. Wa La Quwwata (iaitulah) tiada kekuatan utk melakukan ketaatan kpd Allah melainkan dgn taufiq dr Allah. Dikatakan juga bahawa makna La Hawla iaitulah tiada Helah (upaya). Kata alNawawi ia adalah kalimah penyerahan bahawa seseorg hamba tidak memiliki apa-apa terhadap urusannya, tidak memiliki apa-apa upaya dlm menolak keburukan dan tiada kekuatan utk mengambil kebaikan melainkan dgn kehendak Allah Taala."

Oleh itu, seseorg yg berzikir hendaklah berusaha menghadirkan perasaan ini ketika melafazkan zikir alHawqalah.


Cetak  
Wallahu a'lam