Zikir Pagi & Patang (1)

Daripada Malik bin Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلائِكَتَكَ، وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ الله، لا إِلهَ إلا أَنْتَ، وَحْدَكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya daku berada pada pagi hari ini, daku menjadikan Dikau sebagai saksi, daku menjadikan juga malaikat pemikul arasy-Mu sebagai saksi, demikian juga sekelian malaikat dan makhluk-Mu, bahawasanya Dikaulah ALLAH, tiada tuhan  sebenarnya yang  berhak disembah melainkan Dikau yang esa, tiada sekutu bagi-Mu dan daku bersaksikan bahawa Muhammad itu adalah seorang hamba-Mu dan rasul-Mu.” (dibaca 4x)

 

Zikir ini berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bil. 5069. Dinilai sebagai hasan oleh al-Hafidz Ibn Hajar, Ibn al-Qayyim dan dua orang ulama muhaqqiq kepada kitab Zad al-Ma'ad. Dalam sebahagian riwayat hadis dinyatakan: "Sesiapa yang membacanya empat kali, maka Allah akan bebaskan dia dari neraka."

Ungkapan berbaris أَصْبَحْتُ (Ash-bah-tu), ketika dibaca pada waktu petang ditukar kepada أَمْسَيْتُ (am-sai-tu) bermaksud: "daku berada pada petang hari"


Cetak  
Wallahu a'lam