Soalan:
ustaz, maaf saya nak tanya tentang maksud,
السلم عليكم
Makna masih selamat sejahtera ke kalau terbuang huruf alif selepas lam tu??
Jawapan:
السلم
Jika dibaca as-Salmu (السَّلْمُ) dan as-Silmu (السِّلْمُ), bermaksud perdamaian. Boleh juga merujuk kepada agama Islam seperti dalam ayat 208 dari surah al-Baqarah.
Jika dibaca al-Salamu (السَّلَمُ), bermaksud akur dan patuh. Boleh juga bermaksud perdamaian seperti dalam ayat 91 dari surah al-Nisa'.
Dalam surah al-Nisa': 94 pula, sebahagian ulama berpandangan kalimah as-Salam (السَّلَمُ) yang ada, merujuk kepada al-Salam (السلام), kerana kedua² kalimah ini juga boleh membawa maksud yang sama iaitulah keselamatan atau kesejahteraan.
Namun setakat semakan saya, lafaz salam adalah lafaz ibadah yang thabit dari Nabi SAW, sama ada dengan lafaz as-Salamu (السَّلَامُ عَلَيْكُم) atau salamun (سَلَامٌ عَلَيْكُم).
Setakat ini, saya tiada maklumat adanya bukti dari syarak atau perkataan ulama yang menganjurkan lafaz salam dengan (السلم عليكم).