SDI 1188: Doa Selepas Salam Solat

Soalan: 

Saya ada dengar sebahagian ustaz kata berdoa selepas salam solat tak ada dan tidak sunnah yg sunnahnya ialah doa sebelum memberi salam dan slepas baca tahiyyat dan selawat. Benarkah begitu ustaz?

Jawapan: 

Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini. Kemungkinan besar ustaz tersebut mengambil pandangan alImam Ibn alQayyim dalam sebahagian kitab beliau. 

Ibn alQayyim spt ada 2 pandangan dlm masalah ini. Pertama beliau spt menafikan adanya doa slps solat secara mutlaq di dlm Zad alMa'ad dan Jalaa' alAfham. Justeru sesiapa yg membaca dua kitab Ibn alQayyim ini, akan menukilkan penafian beliau adanya doa selepas salam solat secara mutlaq. Tidak mustahil pandangan ini beliau ambil dari gurunya Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH.

Namun Ibn alQayyim di dlm Kitab alSolah wa Hukm Tarikiha, beliau menyebut pandangan berbeza di mana beliau menyatakan berdoa sebelum salam itu lebih afdhal berbanding selepasnya. Berdasarkan pandangan beliau di dlm kitabnya ini menunjukkan beliau tidak menafikan adanya doa selepas memberi salam solat. Sebaliknya beliau melihat dari sudut afdhaliyyah (mana lebih utama) sahaja. 
 
Menafikan ada doa selepas salam solat agak sukar diterima pada pandangan saya kerana thabit hadis2 yg sahih dr Nabi SAW yg menunjukkan hal itu. Oleh yang demikianlah alImam alBukhari membuat 2 bab di bawah Kitab alDa'awaat di dalam Sahihnya. Salah satunya: "Bab alDu'a fi alSolah (Bab Berkaitan Doa di Dalam Solat)", yang keduanya: "Bab alDu'a Ba'd alSalam (Bab Berkaitan Doa Selepas Salam)".
 
Hal yg sama dilakukan oleh alImam Ibn Khuzaimah di dlm kitab Sahihnya, ada tajuk: "Bab Jami' alDu'a Ba'd alSalam (Bab Himpunan Doa Selepas Salam)" beliau sertakan tiga hadis. Ada tajuk: "Bab alTa'awwudz Ba'd alSalam (Bab Ungkapan Perlindungan Selepas Salam)" beliau sertakan dua hadis dan ada tajuk: "Bab alAmr bi Mas-alah alRabb fi Dubur alSolah (Bab Perintah Meminta Kepada Tuhan di Penghujung Solat)" dan beliau sertakan satu hadis.
 
Dari perletakan bab oleh alImam alBukhari dan alImam Ibn Khuzaimah ini menunjukkan kedua-dua mereka berpandangan adanya doa atau disyariatkan doa selepas salam solat.

Cetak  
Wallahu a'lam