Antara Doa Iftitah Nabi SAW

'Ali bin Abi Tolib menyatakan: "Baginda Nabi SAW apabila bangun menunaikan solat, membaca (doa al-Istiftah):

وَجَّهْتُ وَجْهي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضَ حَنِيفًا، وَما أَنَا مِنَ المُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، لا شَرِيكَ له، وَبِذلكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ المَلِكُ لا إلَهَ إلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بذَنْبِي، فَاغْفِرْ لي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إنَّه لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لأَحْسَنِ الأخْلَاقِ لا يَهْدِي لأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ في يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ ليسَ إلَيْكَ، أَنَا بكَ وإلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْكَ

maksudnya: "Daku hadapkan wajahku (hadapkan ibadah dengan ikhlas) kepada Tuhan yang menciptakan segala langit dan bumi dalam keadaan murni berakidah (kepada-Nya) dan bukanlah aku ini dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk ALlah tuhan yang memiliki sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, demikian itulah daku diperintahkan (mentauhidkan ALlah serta menjauhi syirik) dan aku dari kalangan orang-orang Islam. Ya Allah Dikaulah pemilik sebenarnya (raja), tidak ada sembahan yang sebenarnya melainkan Dikau, Dikaulah tuhanku, manakala daku adalah seorang hamba-Mu, daku telah menzalimi diriku ini (dengan melakukan dosa dan maksiat), daku mengakui akan segala dosa-dosaku. oleh kerana itu (Ya Allah) ampunilah dosaku seluruhnya, sesungguhnya  tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Dikau. Hidayahkanlah daku kepada akhlak terbaik yang tidak dapat menghidayahkan kepada ahklak terbaik melainkan Dikau. Hindarilah dariku akhlak yang keji, di mana tiada yang dapat menghindarinya dariku melainkan Dikau. Daku menyahut perintah kekal mentaati-Mu, berterusan menurut agama-Mu. Kebaikan kesemuanya berada di dalam gengaman dua tangan-Mu, kejahatan pula tidak dinisbahkan kepada-Mu. Daku dikurniakan taufiq dari-Mu dan daku berlindung dan bertaut kepada-Mu. Maha Berkat dan Maha Tinggi, Dikau tuhanku, Daku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu." (Sahih riwayat Abu Daud)  


Cetak  
Wallahu a'lam