Bacaan Ketika Mendengar Guruh
سُبْحَانَ مَنْ يُسَبِّح الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهَ
Maksudnya: "Maha suci Tuhan yg bertasbih dan memujinya guruh dan para malaikat kerana takut kepadaNya." (3x)
Daripada 'Abdullah bin 'Abbas RA katanya: "Kami pernah bersama dengan 'Umar bin al-Khattab RA dalam satu permusafiran. tiba-tiba guruh dan kilat sabung-menyabung. Kata Ka'ab: "Siapa yang ketikamana mendengar guruh membaca:
سُبْحَانَ مَنْ يُسَبِّح الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهَ
tiga kali, dia akan diberi kesejahteraan dari apa-apa berlaku dari guruh tersebut." Kata Ibn 'Abbas RA: "Lalu kami membacanya, dan kami diberi kesejahteraan." Kemudian kami bertemu dengan 'Umar bin al-Khattab RA yang telah terkena selsema teruk, lalu aku berkata: "Wahai Amir alMukminin, apa yg menimpamu?" Beliau menjawab: "Selsema teruk." Aku berkata: "Sesungguhnya Ka'ab ketikamana mendengar guruh tempoh hari, beliau berkata kepada kami: "Siapa yang ketikamana mendengar guruh membaca:
سُبْحَانَ مَنْ يُسَبِّح الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهَ
dia akan diberi kesejahteraan dari apa-apa yg berlaku dari guruh tersebut." lalu kami membacanya dan kami dikurniakan kesejahteraan. Kata 'Umar: "’mengapa tidak kamu semua ajarkan kepadaku sehingga aku dapat membacanya?"
Ibn 'Allan di dlm alFutuhat alRabbaniyyah 4/286 menukilkan drpd alHafidz Ibn Hajar al-'Asqalani, katanya: "athar ini mauquf hasan Isnad. Ia sekalipun dari Ka'ab, namun terlah diperakui oleh Ibn 'Abbas dan 'Umar. Ini menunjukkan ia suatu yg ada asasnya, Wallahu A'lam."