Dailog Dengan Seorang Pensyarah Hadis Bergelar Prof. Dr. … Sekitar Nukilan Mohib Khouli

Susulan posting binSahak: Muhib Khouli Gagal Mengurus Kritikan & Pujian Ulama al-Jarh wa al-Ta'dil Terhadap Seseorang Tokoh 

 

Pensyarah Hadis Bergelar Prof. Dr…:

Kalam Raqabah yg di petik oleh Imam Ahmad itu bermaksud tajrih, krn ia disebut dlm kitab 'Ilal yg sememangnya bertujuan utk menjelaskan kelemahan seseorang perawi..maaf, terjemahan anta (binSahak) tu yg lari jauh dari laras bahasa..ana bukan nk bela Mohib, tapi perlu berlaku adil meskipun kpd musuh..

 

Jawapan binSahak:

Maaf, bukan saya yang faham begitu. Tetapi itulah kefahaman al-Syeikh ‘Abdul Rahman al-Muallimi al-Yamani dalam التنكيل بما في تأنيب الكوثري من الأباطيل. Rujukan telah saya sertakan dengan jilid dan halaman sekali.

 

Pensyarah Hadis Bergelar Prof. Dr…:

Kata-kata Raqabah yg bermaksud tajrih tu dlm kitab 'Ilal Imam Ahmad yg disebut oleh Mohib...yg dipetik oleh Ustaz Kadir dlm At-Tankil tu kata2 Zufar..

 

Jawapan binSahak:

Tuan Dr. silap. Kata² Zufar itu adalah sokongan kepada maksud yang dinyatakan oleh al-Syeikh ‘Abdul Rahman al-Mu'allimi. Saya sertakan halaman kitab yang dimaksudkan di sini:

Pensyarah Hadis Bergelar Prof. Dr…:

Kata² Raqabah yg anta sebut tu matannya sama dgn yg ada dlm kitab 'Ilal Imam Ahmad..ia memang bermaksud tajrih..cuma Al-Muallimi berbaik sangka kpd Abu Hanifah dgn mengandaikan kemungkinan  dia bertaubat dari pendptnya..itu maksud:

..قد يرجع عنه بعد ساعة..

 

Jawapan binSahak:

Ada dua perkara yang saya nak ulas tentang kenyataan Tuan Dr:

  1. Ini kali pertama saya baca ada orang terjemahkan ayat:

قد يرجع أبو حنيفة عنه ساعة

Sebagai: “Abu hanifah bertaubat dari pandangannya…”???

Setahu saya dalam Bahasa ‘Arab, قد apabila selepasnya fi‘il mudhari’ يرجع antaranya adalah bertujuan للتقليل yang boleh diterjemahkan sebagai: “Kadang-kadang.” Jadilah maksudnya berdasarkan pemahaman Tuan Dr.: "Kadang-kadang Abu Hanifah bertaubat dari pandangannya." ??? Ia juga bermaksud Abu Hanifah juga kadang-kala tidak bertaubat dari kesalahannya??? 

Jika ini yang Tuan Dr. faham dari ayat tersebut, jelas ia satu kesalahan dalam pemahaman ayat 'Arab. Maksud sebenar ayat:

قد يرجع أبو حنيفة عنه ساعة

Maksud sebenarnya ialah: “Kadang-kala Abu Hanifah meninggalkan pandangannya yang awal selepas itu setelah beberapa ketika.”

Kefahaman ini sama seperti tegahan beliau kepada Abu Yusuf yang sentiasa mencatit setiap apa yang beliau ucapkan berdasarkan riwayat Zufar yang telah saya sertakan sebelum ini.

Menterjemahkan ayat: قد يرجع... sebagai: “kadang-kadang Abu Hanifah bertaubat”, adalah terjemahan yang terlalu teruk dan merosakkan makna ayat. Bagaimana mungkin untuk kita kata Imam Abu Hanifah kadang-kala bertaubat dari pandangannya, kadang kala tidak bertaubat dari pandanganya??? Jika ini terjemahan yang Dr. faham, saya minta penjelasan dari Dr.

Lebih teruk, terjemahan seperti yang Dr. fahami membawa kepada mentohmah al-Imam yang mulia, Abu Hanifah al-Nukman bin Thabit RH, seolah-olahnya beliau telah berfatwa di peringkat awalnya berdasarkan hawa nafsu.

Cuba tuan Dr. renungkan semula kepada ayat: قد يرجع..., apakah benar seperti yang tuan Dr. fahami: “dia bertaubat???” Saya percaya Mohib Khouli sendiri tidak memahami ayat ini seperti yang tuan Dr. fahami. Bukan setakat itu, saya juga percaya tiada sesiapa yang belajar bahasa ‘Arab yang akan terjemahkan ayat tersebut seperti yang tuan Dr. maksudkan.

  1. Saya tidak nafikan maksud penulis al-‘Ilal, Abdullah bin al-Imam Ahmad RH memasukkan perkataan Raqabah itu adalah bertujuan tajrih, kerana itulah tujuan utama penulisan kitab al-Ilal oleh beliau berdasarkan tajuk yang diletakkan untuk kitabnya.

Namun, tidak semestinya ayat atau riwayat yang sama difahami sebagai tajrih juga oleh tokoh lain seperti al-Syeikh al-Muallimi al-Yamani. Perkara ini dapat difahami dari perkataan al-Mu’allimi yang berkata:

ليس في كلمته التي ذكرها الخطيب جرح لأبي حنيفة

Maksudnya: “Bukanlah pada perkataan yang disebut oleh al-Khatib tersebut sebagai satu celaan kepada Abu Hanifah.” Beliau tidak menyatakan bukan satu تجريح ke atas Abu Hanifah.

Perkataan ini bermaksud, al-Mu’allimi tidak mendakwa Abdullah bin al-Imam Ahmad tidak memaksudkan tajrih dengan mendatang riwayat tersebut. Sebaliknya beliau sendiri berpandangan riwayat tersebut tidak mencacatkan kemuliaan Abu Hanifah, atau Abu Hanifah tidak dianggap tercela dengan riwayat seperti itu, kerana ungkapan: ترجع إلى أهلك بغير ثقة berdasarkan maksud yang difahami oleh al-Muallimi ialah: "Kamu kembali kepada keluarga (dari menemui Abu Hanifah), dengan membawa pandangan (Abu Hanifah) semata-mata." Ayat ini bukan satu celaan ke atas Abu Hanifah di sisi al-Muallimi. Saya harap Tuan Dr. boleh faham maksud al-Muallimi ini. Kerana itu saya nyatakan al-Syeikh 'Abdul Rahman al-Mu'allimi BUKAN bertujuan berbaik sangka seperti andaian Tuan Dr., sebaliknya itulah yang beliau fahami dari riwayat Raqabah tersebut.

Sebagai tambahan akhir, suka juga saya nyatakan bahawa, setahu saya, kitab al-‘Ilal oleh Abdullah bin al-Imam Ahmad bukanlah menjadi rujukan utama, berbanding al-‘Ilal oleh al-Khallal di sisi ulama al-Hanabilah. Oleh itu pencela al-Imam Abu Hanifah sepatutnya merujuk sumber yang lebih kukuh di sisi ulama al-Hanabilah.

 

Pensyarah Hadis Bergelar Prof. Dr…:

(Tanpa menjawab point yang dibangkitkan, tuan Dr. menjawab:)

Tajrih tetap tajrih..cuma ia tidak menjejaskan..

 

Jawapan binSahak:

Assalamu‘alaikum.


Cetak  
Wallahu a'lam