Soalan:
Ada satu masalah. Berlaku pada kenalan saya baru baru ini
Dia solat Zohor. Selepas baca tahiyyat awal terus dia bagi salam. Habis salam baru teringat dia baru selesai rakaat kedua. Untuk hari tu dia bangun solat semula empat rakaat.
Soalan:
Apakah yang kita perlu buat sekiranya berlaku demikian.
Apakah ada kejadian orang lupa rakaat dan bagaimanakah kaedah yang perlu diikut?
Terima kasih
Jawapan:
1. Jika kesilapan kurang rakaat tersebut disedari dalam tempoh yang pendek pada uruf, hanya perlu sambung rakaat yang terlupa dan sujud sahwi di penghujung solat. Jika kesilapan tersebut disedari dalam tempoh yang lama pada uruf, maka wajib ulangi solat dari mula.
Kata alImam alNawawi RH:
إذا سلم من صلاته ثم تيقن أنه ترك ركعة أو ركعتين أو ثلاثا أو أنه ترك ركوعا أو سجودا أو غيرهما من الأركان سوى النية وتكبيرة الإحرام، فإن ذكر السهو قبل طول الفصل لزمه البناء على صلاته فيأتي بالباقي ويسجد للسهو، وإن ذكر بعد طول الفصل لزمه استئناف الصلاة, هكذا قاله المصنف هنا ونص عليه الشافعي في الأم والبويطي وصرح به الأصحاب في جميع الطرق. وحكى المصنف في التنبيه قولا أنه يبني ما لم يقم من المجلس, وهذا القول شاذ في النقل وغلط من حيث الدليل, وهو منابذ لحديث ذي اليدين السابق فوجب رده, والصواب اعتبار طول الفصل وقصره, وفي ضبطه قولان ووجهان, الصحيح منها عند الأصحاب الرجوع إلى العرف, فإن عدوه قليلا فقليل أو كثيرا فكثير وهذا هو المنصوص في الأم وبه قطع جماعة منهم البندنيجي.
Maksudnya: “Apabila seseorang memberi salam dari solatnya, kemudian dia yakin bahawa dia telah tertinggal satu rakaat atau dua rakaat atau tiga rakaat atau tertinggal rukuk atau sujud atau seumpamanya selain dari niat dan takbiratul ihram. Jika dia sedar terlupanya itu sebelum berlalu tempoh pemisahan yang panjang, maka hendaklah dia menyambung solatnya dengan melaksanakan bagi yang masih belum dilaksanakannya (kerana terlupa) dan melakukan sujud sahwi (di penghujung solat). Jika dia sedar kesilapannya itu setelah berlalu tempoh pemisahan yang lama, maka wajib dia lakukan solat dari mula. Demikian inilah yang dikatakan oleh penulis (al-Syirazi) di sini dan (al-Imam) al-Syafi’ie telah menyatakannya di dalam al-Umm, demikian juga al-Buwaithi dan dijelaskan oleh al-Ashab (klik untuk lihat maksud) dalam seluruh al-Turuq (klik untuk melihat maksud). Penulis juga telah menghikayatkan di dalam al-Tanbih satu qaul tentang disambung solat selagi belum bangun dari tempat solat, dan qaul ini adalah syaz dalam nukilan dan terkeliru dari sudut dalil, dan ia juga menyalahi hadis Zu al-Yadain yang telah lalu sebutannya, maka wajib menolak pandangan ini. Dan yang benarnya ialah mengambil kira panjang atau pendek tempoh pemisahan. Untuk kenal-pasti tempoh panjang atau pendek adalah berdasarkan ‘uruf. Jika sesuatu tempoh itu dianggap sebagai sedikit (pendek) maka ia dianggap tempoh yang pendek, jika uruf menganggap tempoh itu panjang maka ia satu tempoh yang panjang. Inilah yang dinaskan di dalam al-Umm dan dengan pandangan inilah yang telah diputuskan oleh sekumpulan ulama, antara mereka itu ialah al-Bandaniji البندنيجي (klik untuk melihat pengenalannya).” (al-Majmu; Syarh al-Muhazzab oleh al-Imam al-Nawawi 4/43. Tahkik Muhammad Najib al-Muti’ie, Maktabah al-Irsyad, Jeddah, Saudi)
2. Pernah berlaku kejadian lupa rakaat. Bahkan ia pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW berdasarkan hadis Zu al-Yadain, demikian hadisnya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ أَوْ الْعَصْرَ فَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَقَصَتْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَحَقٌّ مَا يَقُولُ قَالُوا نَعَمْ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أُخْرَيَيْنِ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ قَالَ سَعْدٌ وَرَأَيْتُ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ صَلَّى مِنْ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ فَسَلَّمَ وَتَكَلَّمَ ثُمَّ صَلَّى مَا بَقِيَ وَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ وَقَالَ هَكَذَا فَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW pernah solat Zohor atau ‘Asar bersama dengan kami. Tiba-tiba apabila baginda memberi salam, Zul Yadain berkata kepada baginda: “Apakah solat telah dikurangkan wahai Rasulullah?” Sabda Nabi SAW kepada para sahabat yang lain: “Apakah benar seperti yang dikatakan oleh Zul Yadain?” Para sahabat lain menjawab: “Ya!” Maka baginda menunaikan (menyambung) lagi dua rakaat solat, kemudian baginda melakukan dua kali sujud (sujud sahwi di penghujung solat).” Kata Sa’ad: “Aku pernah melihat ‘Urwan bin al-Zubair solat Maghrib dua rakaat kemudian memberi salam dan telah berkata-kata. Setelah itu beliau menunaikan baki rakaat (yang dilupainya) dan melakukan dua kali sujud (sujud Sahwi) dan berkata: “Demikian inilah yang telah dilakukan oleh Nabi SAW.” (HR al-Bukhari bilangan 1169, melalui Fath al-Bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani)
Soalan:
Assalamuaalaikum Ustaz. Pendek pada uruf tu lebih kurang berapa lama ya. Sy pernah terlupa, dan mengambil masa dalam 15 minit sementara sy buat rujukan dan baru sy ganti rakaat yang terlupa tersebut. Sy tak pasti 15minit adalah tempoh yang lama bagi uruf ataupun tidak.