Fiqh Ibadat
SDI 0008: Nak Baca Apa Waktu Imam Diam di Tengah-Tengah Bacaan Qunut
- Soalan:
Assalamualaikum Ustaz
Maaf mengganggu, ada sikit benda ana nak tanya. Ketika imam berdoa qunut, makmum mengaminkannya. Ketika imam diam seketika, kemudian baca kuat semula, apa yg makmum perlu lakukan?jawapannya:
Diaminkan doa bacaan qunut pada ungkapan doa atau permohonan. Manakala pada ungkapan selain doa meminta seperti:
فانك تقضي ولا يقضى عليك، وانه لا يذل من واليت ولا يعز من عاديت، تباركت ربنا وتعاليت....
yang tidak termasuk di dalam ungkapan doa meminta, sebaliknya berupa ungkapan pujian dan pengagungan kepada Allah SWT, terdapat berbagai pandangan ulama. Wallahu a'lam seseorang boleh memilih sama ada hendak diam sahaja, atau turut membacanya seperti bacaan imam, atau mengaminkan juga (namun pandangan mengaminkan ini dibantah oleh sebahagian ulama), atau menyebut subhanallah.
Persoalan ini ada keluasan insyaallah. Inilah pandangan sebahagian ulama.
Berkenaan bantahan sebahagian ulama dari seseorang menyebut amin ketika bacaan bukan doa meminta di dalam qunut, sila rujuk di sini:
- Wallahu a'lam