Soalan:
Bolehkah seorang guru wanita mengajar agama di dalam masjid dalam keadaan berhaid?
Jawapan:
Di bawah ini transkrip yang saya usahakan beserta terjemahan jawapan lisan dari al-Syeikh Dr. Fadhal Abdullah Murad dalam permasalahan yang diajukan (sumber: ):
قال ما حكم مكث المراة في المسجد وهي حائض بحجة أنها تدرّس القرآن أو تدْرس؟
الجواب:
الظاهر أنه يجوز لها أن تمكث في المسجد، وهي حائض، لأن العلة هي التلويث، فاذا كانت قد لبست شيئا يحفظ المسجد من التلويث، فالظاهر أنه يجوز، وهذا اختيار المجلس الإفتاء الأوروبي، وهو مذهب البعض،
ولكن المذاهب الأربعة على أنه لا يجوز، استدلوا بقول النبي صلى الله عليه وسلم: "لا أبيح المسجد لحائض ولا جنب،" وهذا الحديث لا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم، وكذلك حديث: "لا تقرأ الحائض شيئا من القرآن" حديث ضعيف لا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم،
والخلاف في قراءة القرآن للحائض أضعف من الخلاف في دخول المسجد، ولدخول المسجد هناك نوع من الأدلة، منها قول النبي صلى الله عليه وسلم: "غير أن لا تطوفي بالبيت" ومنها: ليعتزل الحائض – غير واضح - ، ومنها: "أن حيضتك ليست في يدك"، فلما قال لها: ناوليني الخمرة، وهو كان في المسجد، فهذا يدل على أنه مقرر عندهم أنها لا تدخل الحائض،
لماذا؟ هل هي تعبدية أم معقولة المعنى؟ الظاهر أنها معقولة المعنى، معناها أن إذا كانت تتحفظ فيجوز لها ذلك، وقد لبثت المراة داخل المسجد مدة، وكان النبي صلى الله عليه وسلم أقرها على ذلك، والحديث في صحيح البخاري، حديث الوليدة صاحبة الوشاح على أن يوم الوشاح من تعاجيب ربنا على أنه من بلدة الكفر أنجاني.. هذا حديث معروف مشهور.
Soalan:
Apakah hukum seorang wanita yang sedang haid berada di dalam masjid dengan alasan dia mengajar al-Qur’an atau sedang belajar?
Jawapan:
Yang zahirnya, dibolehkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada di dalam masjid. Ini kerana sebab larangan adalah kerana dibimbangi akan mengotorkan masjid. Maka, jika wanita itu telah memakai sesuatu yang boleh mengelakkan masjid daripada dicemari, maka yang zahirnya ia dibenarkan. Ini merupakan pendapat yang dipilih oleh Majlis Fatwa Eropah, dan ia juga merupakan pandangan sebahagian ulama.
Namun begitu, keempat-empat mazhab berpendapat bahawa tidak dibenarkan (wanita berhaid berada di dalam masjid). Mereka berhujah dengan sabda Nabi ﷺ: “Aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita haid dan orang yang berjunub.” Akan tetapi, hadis ini tidak sahih daripada Nabi ﷺ. Begitu juga dengan hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca apa-apa daripada al-Qur’an,” juga merupakan hadis yang lemah dan tidak sahih daripada Nabi ﷺ.
Perselisihan pendapat tentang hukum wanita haid membaca al-Qur’an adalah lebih lemah berbanding perselisihan tentang hukum memasuki masjid. Berkenaan masuk ke masjid, terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan, antaranya sabda Nabi ﷺ: “Melainkan jangan engkau tawaf di Baitullah.” Dan juga hadis: “Hendaklah wanita haid mengasingkan diri…” (bahagian ini tidak jelas), serta sabda Nabi ﷺ kepada ‘Aisyah RA: “Sesungguhnya haidmu bukanlah di tanganmu,” lalu Baginda menyuruh ‘Aisyah yang sedang haid mengambilkan al-Khumrah, sedangkan ketika itu Baginda berada di dalam masjid. Ini menunjukkan bahawa suatu yang diakui pada zaman itu bahawa wanita haid tidak masuk ke dalam masjid.
Mengapa (berlaku perbezaan pendapat ini)? Adakah larangan ini bersifat ibadah semata-mata atau berasaskan sebab yang boleh difahami? Yang zahirnya, larangan itu mempunyai sebab yang boleh difahami, maknanya, jika seorang wanita dapat menjaga dirinya dari mengotorkan masjid, maka dibolehkan untuknya berada di dalam masjid.
Malah, terdapat kisah seorang wanita yang pernah tinggal di dalam masjid untuk satu tempoh tertentu, dan Nabi ﷺ membenarkan perbuatannya itu. Hadis ini terdapat dalam Sahih al-Bukhari, iaitu kisah seorang wanita hamba dengan seorang kanak² yang memakai selendang berwarna-warni (Klik untuk hadis Yaumul Wisyah). Dan peristiwa itu merupakan antara tanda-tanda keajaiban yang Allah tunjukkan, iaitu wanita itu berasal dari sebuah negeri kufur namun Allah menyelamatkannya… Ini merupakan hadis yang masyhur dan dikenali.”