Soalan:
Rujuk keratan video
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1504974063018473&id=492407374275152
Jawapan:
Fatwa alMajma' yang dimaksudkan, saya telah bacanya dan telah terjemahkannya, sila rujuk link di bawah:
Terjemahan Fatwa Majma' al-Fiqhi al-'Alami al-Islami
Fatwa ini dibincangkan oleh pihak alMajma' antara 14-20 Mac 1990, maknanya fatwa ini dikeluarkan pada 30 tahun yang lalu. Saya faham dari fatwa ini, cara komunikasi moden yang dibincangkan oleh pihak alMajma' tidak termasuk "Live Conferance". Buktinya pada para (1) dalam fatwa dinyatakan:
"1. Apabila sempurna akad antara dua pihak yang berjauhan dan tidak berada di satu tenpat, satu pihak tidak melihat pihak yang satu lagi, tidak mendengar perkataannya, kaedah komunikasi yang berlaku antara mereka berdua ialah melalui penulisan atau surat atau utusan wakil, majlis itu pula dilaksanakan melalui telegraf, telex, fax atau skrin komputer, maka akad terlaksana ketika sampainya ijab (penawaran) kepada pihak kedua (yang ditawarkan tawaran) dan pihak kedua itu menerimanya."
Jelas online yang dimaksudkan ialah "satu pihak tidak melihat pihak yang satu lagi, tidak mendengar perkataannya..." lalu disebut contoh: "melalui telegraf, telex, fax atau skrin komputer..."
Skrin komputer yang dimaksudkan yang saya faham berupa email atau seumpamanya seperti percakapan tanpa video live yang luas digunakan sekitar 30 tahun yang lalu.
Justeru, mendakwa fatwa Majma alFiqhi alIslami mengatakan tidak sah akad "Live Conference" adalah perbuatan meletakkan fatwa bukan pada tempat yang sebenarnya.