SDI 0953: Pameran Artifak Rasul SAW

Soalan:

Ustaz... Betul ke barang-barang nabi saw dalam pameran-pameran yang diadakan di merata tempat seperti rambut, serban, pedang dan seumpamanya .. Husband saya tanya..

Jawapan:

Bukan barang-barang asal milik Nabi SAW. Semua barang-barang asal milik nabi tak dapat dikenal pastikan lagi berada di mana.

Semua yang dipamerkan itu adalah barang-barang yang dibuat semula berdasarkan ciri-ciri barang-barang milik nabi yang ditulis di dalam kitab-kitab dahulu.

DR. Nasir al-Jadii’ di dalam bukunya al-Tabarruk, Anwa’uhu wa Ahkamuhu. 256-260 berkata:

“Mustahil dapat dipastikan apa-apa barang peninggalan yang dinisbahkan kepada Nabi SAW yang ada pada hari ini, bahkan kebanyakannya (peninggalan-peinggalan dari Nabi seperti rambut dan lain-lain) telah lenyap sekian lama sama ada disebabkan hilang, atau disebabkan beberapa peperangan dan fitnah yang berlaku. Apa-apa yang didakwa oleh sebahagian Negara akan adanya beberapa helai rambut Nabi SAW yang dipelihara, diletakkan di hotel-hotel di dalam bekas-bekas yang dibalut dengan sutera, dipamer dan diadakan sambutan setahun sekali, semua ini memerlukan (usaha) penthabitan. Perkara ini amat sukar.”

Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam bukunya al-Tawassul hal: 146 berkata:

“Dan kita sedia maklum bahawa peninggalan-peninggalan Rasul SAW terdiri dari baju, rambut dan perkara-perkara lain telah hilang. Dan bukan (termasuk dalam) kemampuan seseorang untuk memastikan kewujudan sesuatu dari peninggalan-peninggalan tersebut secara pasti dan yakin.”

Rujuk juga:

Athar (Peninggalan) Nabi SAW (1)

Athar (Peninggalan) Nabi SAW (2)

Athar (Peninggalan) Nabi SAW (3)

Benarkah Khalid bin al-Walid Menang dalam peperangan kerana Selitkan Rambut Nabi SAW di dalam Serbannya?


Cetak  
Wallahu a'lam