Kata al-Ashma'ie RH:
"aku pernah melihat seorang lelaki di sebuah kampung, umurnya telah mencecah 120 tahun. Lalu aku bertanya kepadanya rahsia kecerdasannya pada ketika usia sedemikian, dia menjawab: "aku tinggalkan hasad, maka kekallah jasad (yg baik)."
Pernah ditanya kepada seorang yang bijaksana:
"kenapa langit kelihatan begitu suci lagi bersih?" Beliau menjawab: "kerana manusia tidak berada di sana."