Jangan kecewa jika kebaikan yang kamu lakukan dilupai dan tidak dihargai. Lihatlah lampu-lampu jalanan, jasa dan budinya tidak dirasai. Ia dilupai, sebaik sahaja datangnya siang.
Air sungai yang sedikit, mampu menyelamatkan kamu dari kehausan. Akan tetapi, air sungai yang banyak kadang-kala melemas dan mmbinasakanmu. Oleh itu, belajarlah untuk sentiasa merasa cukup dengan sedikit yang kamu miliki.