Peringatan Dari Korona 2020

Daripada 'Abdullah bin 'Umar RA katanya:

أقبل علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: (يا مَعْشَرَ المهاجرينَ ! خِصالٌ خَمْسٌ إذا ابتُلِيتُمْ بهِنَّ ، وأعوذُ باللهِ أن تُدْرِكُوهُنَّ : لم تَظْهَرِ الفاحشةُ في قومٍ قَطُّ ؛ حتى يُعْلِنُوا بها ؛ إلا فَشَا فيهِمُ الطاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهِم الذين مَضَوْا ، ولم يَنْقُصُوا المِكْيالَ والميزانَ إِلَّا أُخِذُوا بالسِّنِينَ وشِدَّةِ المُؤْنَةِ ، وجَوْرِ السلطانِ عليهم ، ولم يَمْنَعُوا زكاةَ أموالِهم إلا مُنِعُوا القَطْرَ من السماءِ ، ولولا البهائمُ لم يُمْطَرُوا ، ولم يَنْقُضُوا عهدَ اللهِ وعهدَ رسولِه إلا سَلَّطَ اللهُ عليهم عَدُوَّهم من غيرِهم ، فأَخَذوا بعضَ ما كان في أَيْدِيهِم ، وما لم تَحْكُمْ أئمتُهم بكتابِ اللهِ عَزَّ وجَلَّ ويَتَخَيَّرُوا فيما أَنْزَلَ اللهُ إلا جعل اللهُ بأسَهم بينَهم

Maksudnya: "Rasulullah SAW datang kepada kami seraya bersabda: "Wahai sekelian kaum Muhajirin, ada lima perkara apabila kamu semua diuji dengannya, aku berlindung kepada Allah agar kamu semua tidak melaluinya: (iaitulah) (1) tidak terzahir zina dalam sesuatu kaum sama sekali, lalu sehinggalah mereka berterang-terangan dengan amalan keji tersebut, melainkan akan menular taun dan wabak-wabak penyakit yang belum pernah berlaku sebelumnya. (2) Tidak mereka mengurangan sukatan dan timbangan (tipu dalam perniagaan) melainkan akan ditimpa kemarau ke atas mereka, kenaikan harga barang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah. (3) tidak mereka halang pengeluaran zakat (tidak mengeluarkan zakat) harta, melainkan akan ditahan hujan turun dari langit. Kalaulah bukan kerana binatang ternak, hujan sama sekali tidak akan turun. (4) tidak mereka mengingkari perjanjian Allah dan Rasul-Nya melainkan Allah akan menjadikan mereka dikuasai oleh musuh, sehingga musuh mereka merampas sebahagian milik mereka. (5) tidaklah pemimpin mereka enggan berhukum dengan kitab Allah (secara sempurna) lalu memilih apa-apa yang dikehendakinya sahaja melainkan Allah akan jadikan mereka bermusuhan sesama mereka." (HR Ibn Majah di dalam Sunannya, dinilai Sahih oleh alAlbani di dalam Sahih alJami')

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam