Soalan:
Susulan SDI 1097: (Klik di sini)
sbnrnya kan ustz, permpuan klu mmg dia tahu kebiasaan hr dia last period tu, biasanya dia dah boleh mandi dah pg subuh sebelum p kerja tu, sb kemungkinan ada stgh dah nmpak kering subuh tp mcm depa nk kepastian mls mndi lagi, tup² mmg betul² kering tu yang kadang² dok klut baru nk mandi.
Jawapan:
Jika demikian, wanita sebegini tidak termasuk dlm kalangan mereka yg boleh mengambil keringanan yg dinyatakan dlm SDI 1097. Bahkan tidak mustahil mereka dikira berdosa kerana meringankan urusan solat. Selain itu perbuatan tersebut juga akan membuka ruang kpd syaitan utk membisikkan keraguan.
Oleh itu, jika pd pagi hari seseorg wanita mendapati haid telah kering dlm ertikata jika dilapkan pd alat sulit dgn kain putih, kain tersebut bersih dan tiada lagi sebarang warna darah mahupun kekeruhan. Maka pada ketika itu seseorg wanita tersebut wajib mandi bagi membolehkan dia solat Zohor ditempat kerja tanpa masalah. Bahkan jika kekeringan itu berlaku sebelum habis waktu Subuh, wajib dia mandi dan wajib dia menunaikan solat Subuh di dlm waktunya.
Utk kenalpasti suci dr haid, sila rujuk di sini: (Klik di sini)
Setelah berlaku salah satu tanda suci di atas, kemudian darah datang semula, rujuk SDI di sini: (Klik di sini)