Bagi yang hendak melakukan i'tikaf pada 10 akhir Ramadan, ada 2 pandangan ulama:
1. Majoriti berpandangan bermula sebelum tenggelam matahari hari ke-20 Ramadan bersamaan malam ke-21. Inilah pandangan keempt-empat mazhab.
2. Bermula selepas Subuh pagi 21 Ramadan. Inilah pandangan Ahmad berdasarkan salah satu riwayat, pilihan Ibn alMunzir dan alSan'ani.
Namun pandangan pertama lebih kukuh kerana ia dapat menghimpunkan dalil-dalil dengan difahami baginda masuk ke masjid untuk memulakan i'tikaf sebelum tenggelam matahari hari ke-20 dan baginda masuk ke tempat i'tikaf (khemah di dalam masjid) selepas solat Subuh pagi 21 Ramadan.
baca juga