alRabi' bin Sulaiman الربيع بن سليمان, Air Tangan Seorg Guru Yang Cekal

alRabi' bin Sulaiman adalah salah seorg anak murid kepada alImam alSyafi'ie RH. Disayangi oleh alImam alSyafi'ie disebabkan beliau seorg yg warak dan kuat beribadat.

Dikatakan beliau seorg yg kuat hafalannya namun lemah kefahamanya. Kekuatan hafalannya sehingga dikatakan dia menghafal perkataan alImam alSyafi'ie dan meriwayatkannya spt hafalannya itu diukir di batu.

alImam alBaihaqi di dlm Manaqib alSyafi'ie, demikian juga alAjuri di dlm Akhlaq alUlama meriwayatkan:

"Adalah alRabi' bin Sulaiman seorg yg lambat faham sehingga mendorong alImam alSyafi'ie mengulang 40 kali satu masalah yg sama kpdnya, namun beliau masih belum memahaminya, sehingga menyebabkan alRabi' bangun dan meninggalkan majlis kerana merasa malu. Namun alSyafi'ie memanggilnya dan mengulangi permasalahan tersebut berasingan sehinggalah dia memahaminya, seraya berkata: "

يا ربيع، لو استطعت أن أطعمك العلم لأطعمتك إياه

Maksudnya: "Wahai Rabi', jika aku mampu menyuapkan kpd kamu ilmu seumpama menyuap makanan, sudah tentu aku akan melakukannya."

Kisah ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh setiap pengajar, guru dan para ustaz. Betapa mereka perlu memiliki cita2 besar dlm mendidik anak bangsanya dan memastikan kejayaan mereka. Sabar dan tidak jemu melayan kelemahan anak murid kerana...

Jika kita mampu menyuapkan ilmu kpd anak murid seumpama makanan, sudah pasti kita akan melakukannya.

Wallahu a'lam

Wahai Amirul Mukminin, Engkau Sendiri Seorg Yg Amanah

Ketikamana dibawakan kpd 'Umar mahkota Kisra dan perhiasan kemegahannya, 'Umar membalik-balikkannya dgn tongkat beliau seraya berkata:

"Demi Allah, sesungguhnya org yg menyerahkan semua ini kpd kita benar2 seorg yg amanah."

Kata 'Ali bin Abi Talib: "Wahai Amirul Mukminin, kamu sendiri seorg yg amanah. Sesungguhnya engkau sendiri tidak tamakkan sesuatu yg bukan milikmu, maka rakyat kamu juga sedemikian. Jika sekiranya kamu tamak, maka sudah tentu rakyat kamu juga sedemikian."

Jawab 'Umar: "benar katamu."

(Lihat: alKamil fi alTarikh 2/362, alBidayah wa alNihayah 7/78 dan 'Uyun alAkhbar oleh Ibn Qutaibah 1/115)

Wallahu a'lam

Sembunyikan kelebihan bagi memadamkan api kedengkian

Allah berfirman: "(Dan nabi ya'qub) berkata: wahai anakku (Yusuf). Janganlah engkau ceritakan mimpimu kpd saudara2mu, nanti mereka akan membuat tipu daya (utk membinasakanmu)..." (Surah Yusuf: 5)

Al-quran mengajar kita supaya memadamkan api kedengkian atau hasad org lain terhadap kita dgn menyembunyikan beberapa kelebihan yg ada dr pengetahuan mereka. Ini kerana, terdpt jiwa manusia yg amat lemah, sehinggakan mimpi shj dapat menyemarakkan api kedengkian dan hasad.

Wallahu a'lam