Hubungan Yang Berjaya

Jika kamu melihat hubungan yg berjaya antara sepasang suami isteri atau dua org yg bersahabat... Bukanlah syaratnya yg mereka berdua sentiasa bersatu hati dlm setiap perkara. Sebaliknya, mereka saling bersatu hati dan tolong-menolong, mereka juga ada perselisihan, namun mereka saling memaafkan. - Dr Muhammad al-'Arifi -

Wallahu a'lam

Kepada yang bertelagah...

Kepada yang bertelagah, renunglah hadis Nabi SAW tentang sifat Munafik Tulen, salah-satunya:

إذا خاصم فجر

Maksudnya: "... Apabila bertelagah, dia berbuat dosa..."

Dia berbuat dosa sehingga sanggup berbohong, mereka-reka cerita, menuduh, menghasut, membuat provok, membuka aib, menzalimi orang lain... asalkan dia puas dalam bertelagah.

Sedangkan alQuran menyebut:

والصلح خير

Maksudnya: "...dan perdamaian itu adalah lebih baik..."

Kepada yang inginkan perdamaian. Ingatlah pula firman Allah:

وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ

Maksudnya: "...dan disertakan bagi jiwa itu sifat kikir..." (kedua-dua ayat alQuran di atas dari surah alNisaa': 128)

Kikir iailah hendakkan setiap haknya dipenuhi, tanpa mengendahkan hak orang lain ke atasnya. Kikir ini PENGHALANG perdamaian. Kerana hak amat sukar dipenuhi. Jika setiap orang menuntut, haknya mesti dipenuhi, maka akan musnah binasalah kedamaian dan ketenteraman. Jika anda hendakkan perdamaian... beralahlah dlm banyak perkara, fikirkan kewajipan kita kpd org lain.

Wallahu a'lam

Besarnya nilai SILATURRAHIM

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا

Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga pada hari isnin dan khamis. Lalu diberi keampunan kepada setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan diantara dia dengan saudaranya. Lalu dikatakan: “Lihatlah kepada 2 orang ini sehinggalah mereka berdua berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula.” (HR Muslim)

Wallahu a'lam