Seorang Lelaki: Memuliakan Anak Perempuannya

Kata alAlusi RH:

"Suatu yg menjadi kebiasaan orang-orang yang memiliki muruah (ada kemuliaan) menjaga hati para wanita disebabkan kelemahan yang ada pada mereka. Kerana itu digalakkan kepada seseorang lelaki apabila memberi sesuatu kepada anak-anak lelakinya untuk memulakan pemberian kepada anak perempuan terlebih dahulu."

Ruh alMaaniy 4/379

Wallahu a'lam

Persiapan Menghadapi Ramadhan

1.    Bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah swt. Taubat adalah wajib pada setiap waktu dari sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Namun sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ia lebih-lebih dituntut. Allah swt berfirman:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 Mafhumnya: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu semua berjaya.” (al-Nur: 31)

Daripada al-Agharra bin Yasar ra, Nabi saw bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّي أَتُوبُ فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ

 Mafhumnya: “Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu semua kepada Allah, sesungguhnya daku akan bertaubat kepada Allah dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR Muslim)

 2.   Berdoa

 Terbukti dari sebahagian generasi awal umat Islam, dimana mereka akan berdoa kepada Allah swt bermula enam bulan sebelum datangnya Ramadhan agar sempat bertemu dengan Ramadhan. Seterusnya mereka akan berdoa dalam lima bulan selepas Ramadhan agar amalan salih yang  mereka lakukan di dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt.

Oleh yang demikian kita digalakkan berdoa agar disihatkan tubuh-badan, diberi kekuatan dan dibantu agar dapat beramal di dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

 3.   Bergembira Dengan Kedatangan Bulan  Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan anugerah yang besar dari Allah swt ke atas umat Islam, hal ini demikian kerana Ramadhan merupakan musim kebaikan dan bulan al-Quran. Dibuka pintu Syurga, ditutup pula pintu Neraka dan dibelenggu para Syaitan yang jahat. Allah swt berfirman:

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Mafhumnya: “Katakanlah: dengan kurnia Allah dan dengan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 58)

4.   Menyelesaikan Qadha Puasa Yang Lalu

Daripada Abu Salamah katanya: Daku pernah mendengar ‘Aisyah ra berkata:

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلا فِي شَعْبَانَ

Mafhumnya: “Dahulunya pernah daku memiliki qadha Ramadhan, daku tidak mampu menunaikannya melainkan dalam bulan Syaaban.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini di dalam kitabnya Fath al-Bari berkata:

ويؤخذ من حرصها على ذلك في شعبان أنه لا يجوز تأخير القضاء حتى يدخل رمضان آخر

Maksudnya: “Dan diambil pengajaran dari kesungguhan beliau (‘Aisyah) menunaikan qadha Ramadhan dalam bulan Syaaban, akan tidak boleh melewatkan qadha Ramadhan sehingga masuk Ramadhan yang lain.”  (Fath al-Bari 4/191) 

5.   Mengulangkaji Hukum-Hakam Puasa Dan Kelebihannya Ramadhan

6.   Bersegera Menyelesaikan Urusan-Urusan Lain Yang Dirasakan Boleh Menganggu Tumpuan Ibadah Di Dalam Bulan Ramadhan.

7.   Memberi Masa Yang Secukupnya Bersama Dengan Keluarga Untuk Memperingatkan Mereka Hukum-Hakam Puasa Dan Memberi Rangsangan Berpuasa Kepada Ahli Keluarga Yang Masih Kecil.

8.   Memperbanyakkan Puasa Sunat Dalam Bulan Syaaban, Bagi Mempersiapkan Diri Bertemu Dengan Ramadhan.

Daripada ‘Aisyah ra yang berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لا يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Mafhumnya: “Dahulunya Rasulullah saw berpuasa (sunat) sehingga kami berkata baginda tidak lagi berbuka. Baginda juga tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak akan berpuasa. Dan tidaklah pernah daku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan Ramadhan, dan tidak pernah juga daku melihat baginda paling banyak berpuasa (sunat) melainkan Syaaban.” (al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Usamah bin Zaid, daku pernah bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ( ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah saya belum pernah melihat tuan berpuasa satu bulan dari bulan-bulan yang ada sepertimana tuan berpuasa dalam bulan Syaaban. Baginda menjawab: Bulan Syaaban tersebut merupakan satu bulan yang orang ramai lalai darinya, ia diantara Rejab dan Ramadhan. Ia juga merupakan satu bulan yang diangkat di dalamnya amal perbuatan kepada Allah Tuhan Sekelian Alam, maka daku suka amalan daku diangkat kepada Allah ketika daku dalam keadaan berpuasa.” (HR al-Nasaie. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Nasaie)

Hadis ini menunjukkan hikmah baginda saw memperbanyakkan puasa dalam bulan Syaaban, iaitulah waktu amalan diangkat kepada Allah swt. Selain itu sebahagian ulama juga ada menyebut hikmahnya yang lain iaitulah kedudukan puasa sunat dalam bulan Syaaban itu berada pada kedudukan solat sunat Qabliah bagi solat Fardhu, dimana ia berperanan mempersiapkan diri agar lebih bersedia dan cergas untuk menunaikan solat Fardhu. Maka demikianlah kedudukan puasa sunat dalam bulan Syaaban agar lebih bersedia dan cerdas untuk menghadapi Ramadhan.

Wallahu a'lam

Boleh Jadi Dosa Orang Yang Dicuri Lebih Besar Dari Yang Mencuri

Marah ketika ditimpa bala dan menuduh org itu dan org ini sbg punca semata2 atas sangkaan, akan mengubah pahala yg bakal diterima disebabkan musibah, berubah mendatangkan dosa.

Telah sahih satu riwayat dr Ibn Mas'ud RA yg berkata:

ما زال المسروق منه يتظنى حتي يصير أعظم من السارق

Maksudnya: "Sentiasalah seseorg yg dicuri (yg diuji dgn dicuri hartanya) bersangka-sangka sehingga dia lebih besar dosanya berbanding dgn dosa org yg mencuri." (alAdab alMufrad)

Wallahu a'lam