Berbuat baiklah sepertimana ALlah telah berbuat baik kepadamu

Kata Imam alSyaukani ketika menafsirkan firman Allah SWT:

{وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ}

Maksudnya: "Berbuat baiklah sepertimana Allah telah berbuat baik kepadamu." (alQasas: 77)

Kata beliau: "iaitu, berbuat baiklah kepada hamba Allah sepertimana Allah telah berbuat baik kepada kamu dangan apa-apa yang telah Dia kurniakan kepada kamu dari nikmat-nikmat dunia." (Fath alQadir 4/261)

Wallahu a'lam

Sibukkan Diri Dengan Kebaikan

Kata Yunus bin Abd alA'la (الأعلى): "Aku pernah mendengar Imam alSyafi'e RH berkata:

لو أن رجلا تصوف أول النهار لم يأت عليه الظهر إلا وجدته أحمق

Maksudnya: "Jika seseorang lelaki bertasawwuf pada awal siang, tidak datang padanya waktu Zohor melainkan aku dapati dia menjadi seorang yang bodoh." (Riwayat alBaihaqi di dalam Manaqib alSyafi'ie 2/207 dengan Sanad Yang Sahih) 

Imam alSyafi'ie juga berkata:

ما لزم أحد الصوفية أربعين يوما فعاد عقله إليه أبدا

Maksudnya: "Tiada seseorang yang melazimi sufi selama 40 hari yang kembali semula akalnya buat selama-lamanya." (Talbis Iblis 327) 

Kata beliau lagi:

صحبت الصوفية فما انتفعت منهم إلا بكلمتين: سمعتهم يقولون: الوقت سيف، فإن قطعته وإلا قطعك. ونفسك إن لم تشغلها بالحق، وإلا شغلتك بالباطل

Maksudnya: "Aku bersama dengan orang-orang sufi, tiada apa yang dapat aku ambil manfaat daripada mereka melainkan 2 kalimah sahaja: (iaitulah) waktu itu adalah pedang, jika kamu memotongnya, dia akan memotongmu. Dan jiwa kamu, jika kamu tidak menyebukkannya dengan perkara kebenaran, dia akan menyebukkan kamu dengan perkara batil." (Madarij alSalikin 3/124)

Wallahu a'lam

Fikirkan keuntungan akhirat

al-Imam al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam alNubalaa' 5/342 menyatakan: 
 
"Dahulunya alZuhri berpuasa 'Asyuraa' ketika bermusafir. Lalu ditanya kepada beliau: "mengapa anda berpuasa 'Asyuraa' dalam bermusafir, sedangkan anda tidak berpuasa jika bermusafir dalam bulan Ramadhan? 
 
Jawab alZuhri: "Sesungguhnya tidak berpuasa Ramadhan kerana bermusafir, boleh diganti pada hari-hari yang lain. Sedangkan puasa 'Asyuraa' tidak boleh diganti dan ia akan terlepas."
 
Wallahu a'lam