Kamu seorang yang jahat, tetapi masih perasan baik

Kata alFudhail bin 'Iyadh RH:

"Kesian sungguh, kamu berbuat jahat tetapi kamu menyangka berbuat baik. Kamu jahil tetapi menyangka diri seorang alim. Kamu bakhil tetapi menyangka dermawan. Kamu bodoh tapi menyangka berakal. Ajal kamu hampir, sedangkan angan-anganmu masih panjang.

Kata alZahabi RH memberi komen:

"Demi Allah benar kata beliau (alQadhi 'Iyadh) ini. Kamu seorang yang zalim tetapi kami merasakan kamu yang dizalimi. Kamu memakan yang haram, tetapi menyangka wara'. Kamu seorang yang fasiq, tetapi menyangka adil. Kamu seorang yang menuntut ilmu kerana dunia, tetapi masih menyangka kerana Allah." (Siyar A'lam alNubalaa' 8/440)

Wallahu a'lam

Islam Menyeru Kepada Keseimbangan Antara Hak dan Tanggungjawab

Kata Dr Yusuf alQaradhawi:

"Islam memberi perhatian kepada hak-hak manusia dengan pemerhatian yang jelas, dalam bentuk yang kukuh dan jelas melalui usul-usul dan sumber-sumber rujukannya. Yang membezakan Islam dengan pemikiran Barat iaitulah Islam meletakkan keseimbangan antara Hak-hak (الحقوق) dan Kewajipan-kewajipan (الواجبات). Seorang insan di sisi tamadun barat sentiasa menuntut apa yang mesti diperolehinya (hak-haknya), akan tetapi mereka tidak mempedulikan apa yang mesti mereka lakukan (kewajipan-kewajipan mereka). Sedangkan seseorang insan di sisi Islam, sentiasa ditekankan tentang kewajipannya terlebih dahulu. Maka seorang insan pada nilaian Barat adalah seorang yang (asyik) menuntut dan meminta (hak yang mesti diterimanya). Manakala pada nilaian Islam, seorang insan adalah seorang yang dituntut (melaksanakan kewajipan) dan yang akan dipertanggungjawabkan."

Wallahu a'lam

Nasihat al-Imam al-Jauzi RH untuk isteri

"Sesungguhnya isteri yang baik, apabila mendapati suaminya soleh dan serasi dengannya, dia akan berusaha bersungguh-sungguh memperoleh reda suami dan menghindari perkara yang boleh menyakitinya kerana setiap kali dia menyakiti suami atau menunjukkan hal tidak disukai, ia mengakibatkan jemu suami dipendamkan di dalam hati. Tidak menutup kemungkinan ketika kesempatan tiba, suami akan meninggalkannya atau lebih mengutamakan perempuan lain".

Wallahu a'lam