Firman Allah Dalam Surah al-Syura: 25

Firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya: "Dan Dialah yang menerima tobat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan." (alShura: 25)

Kata Bilal bin Sa'ad: "Sesungguhnya kamu semua memiliki tuhan yg tidak segera mengenakan balasan kpd salah seorg drpd kamu yg melakukan kesalahan, DIA mengabaikan ketergelinciran (يقيل العثرة), DIA menerima taubat, DIA menerima sesiapa yg datang mendekatkan diri kpdNYA, DIA berlunak dgn sesiapa yg berpaling drNYA.

 
 
 
Wallahu a'lam

Bahaya Banyak Bercakap

Abu alHasan Ibn alQattan (w345H) seorg alim dr Parsi, dinukilkan telah berkata ketika usianya semakin tua dan sakit:

"Aku ditimpa masalah pd mata, aku menyangkakan aku diberi balasan disebabkan banyaknya bercakap ketika bermusafir"

alImam alZahabi memberi komentar terhadap perkataannya ini dgn berkata:

"Benar apa yg beliau katakan demi Allah, ulama dahulu sekalipun baik niat pd kebiasaannya lagi sejahtera hasrat tujuan mereka, mereka tetap takut dr banyak berkata-kata, menzahir pengetahuan dan kelebihan. Namun hari ini, banyak org suka berkata-kata sedangkan kurang ilmunya lagi buruk niatnya. Setelah itu Allah akan membongkar dan memaparkan kejahilan, nafsu dan kecelaruan mereka. Kita memohon kpd Allah taufiq dan ikhlas." (Siyar A'lam alNubala' 15/464-465)

 
 
 
Wallahu a'lam

Kebahagian Sebenar

Ramai org tidak membezakan antara keseronokan (المتعة) dgn kebahagiaan (السعادة). Lalu mereka mencari kebahagian di dlm keseronokan. Apabila selesai dan tamat kelazatan berseronok, datanglah kesempitan jiwa. (Kerana seaungguhnya) Kebahagiaan hanya tercapai melalui keimanan, sekalipun setelah hilangnya keseronokan.

alSyeikh 'Abd al'Azizi alTarifi

Wallahu a'lam