Firman Allah Dalam Surah al-Ma'arij: 5

Firman allah SWT:

فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلاً

Maksudnya: "Maka bersabarlah dgn kesabaran yg baik." (alMa'arij: 5)

Kata alSyaukani:

Makna sabar yg baik iaitulah org yg ditimpa musibah tidak diketahui oleh org ramai dia ditimpa musibah. (Fath alQadir 5/404)

Wallahu a'lam

Firman Allah Dalam Surah al-Hujuratf: 7

Firman Allah SWT:

‏( لوْ يُطِيعُكُمْ في كثيرٍ مِنَ الأمْرِ لَعَنِتُّمْ )

Maksudnya: "...jika dia (Nabi Muhammad SAW) menuruti kamu semua dlm banyak perkara, sudah pasti kamu semua akan mendapat kesusahan." (alHujurat: 7)

Kata Abu Sa'ied alKhudri RA: "Allah berfirman sedemikian itu kpd mereka, sedangkan mereka adalah para sahabat Nabi SAW."

Justeru tanyalah diri kita, siapalah kita utk didengar pandangan kebanyakan kita yg sedia dimaklumi lebih banyak mementingkan diri dan lebih mengutamakan keberuntungan sendiri. Allah shjlah tempat dipohon pertolongan.

 
 
 
Wallahu a'lam

Firman Allah Dalam Surah al-A'raf: 146

Kata al'Allamah Ibn alHajj alMaliki RH: "Allah SWT berfirman:

سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Maksudnya: "Akan Aku palingkan dari tanda-tanda (kekuasaan-Ku) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar..." (alA'raf: 146) dan satu yg pasti sedia diketahui bahawa sebahagian org2 yg sombong ada yg menghafaz alQuran dan ilmu. Akan tetapi mereka dihalang dr memperolehi faedahnya iaitulah kefahaman dan beramal sedangkan itulah yg dituntut. Maka kekallah org awam yg lebih baik keadaan (dr sudut dpt mengambil faedah dan beramal) berbanding mereka yg hafiz dan alim akan tetapi sombong. Allahul Musta'an." (alMadkhal: 2/98)

 
 
 
Wallahu a'lam