Aku bersedekah kerana bermuamalah dengan tuhanku dengan yakin, manakala kamu bersedekah kerana hendak mencuba

Kata Maimun bin Mihran:

"Aku bersedekah dan aku dapati harta aku semakin bertambah. Sahabatku bersedekah, akan tetapi dia berkata: "Aku sudah bersedekah, tetapi mengapa aku mendapati harta aku semakin berkurangan?"

Kata Maimun: "Aku bersedekah kerana bermuamalah dengan tuhanku dengan yakin, manakala kamu bersedekah kerana hendak mencuba."

 
 
 
Wallahu a'lam

Apakah Wajar Kita Ragui Kata-Kata Dari Tuhan Yang Maha Benar?

Kata alHasan alBasri RH:

"Aku telah mmbaca dalam 90 tempat dari ayat-ayat alQuran alKarim, bahawa Allah telah menetapkan rezeki-rezeki dan mmberi jaminan kepada para hambaNya. Aku juga mmbaca pada satu tempat: "Syaitan itu menjanjikan kepada kamu semua kefakiran" Lalu kita semua meragui kata-kata Yang Maha Benar pada 90 tempat, dan kita mempercayai kata-kata  pendusta hanya pada satu tempat."

 
Wallahu a'lam

Ingatkan Allah

Kemuliaan yang paling agung dan kelebihan yang paling besar, apabila Allah Jalla Jalaluh mengingati kita.

Allah berfirman: "Maka ingatilah kamu semua akan DAKU, nescaya DAKU akan mengingati kamu semua..." (alBaqarah: 152)

Apakah selepas ganjaran yang amat besar ini, masih ada lagi mana-mana orang yang beriman tetap bermalas-malasan dari mengingati Allah?

(Syeikh Nabil al-'Audhi)

 
Wallahu a'lam