Banyakkan Mengetuk Pintu Tuhanmu

Seorang yang sedang menunaikan solat, dia seperti sedang mengetuk pintu Tuhannya. Lagi banyak dia mengetuk pintu tuhannya, lebih hampir pintu itu dibuka untuknya. -al'Arifi-

 
 
 
 
Wallahu a'lam

Dosa Itu Berat Dipikul

Dosa, apabila banyak... ia menjadi berat ke atas jiwa untuk cergas beribadah. Dosa itu barang berat yang dipikul oleh jiwa (jantung hati), sama sepertimana barangan berat yang dipikul oleh badan... sesiapa yang berat barang pikulannya, berat pula langkahnya. - alTorifi dgn olahan semula oleh Bin Sahak -

 
 
 
 
Wallahu a'lam

Firman Allah Dalam Surah al-Zukhruf: 32

نحن قسمنا بينهم معيشتهم

Maksudnya: "Kamilah yg membahagikan penghidupan antara mereka semua." (alZukhruf: 32)

Kata Qatadah: "Kamu akan jumpa seorg lelaki lemah, tidak petah berkata2 sedangkan rezekinya luas. Kamu juga akan jumpa seorg yg kuat usahanya, petah berkata2 sedangkan sempit rezekinya."

Kerana itu, ketahuilah bahawa rezeki itu pembahagian dr ALLAH SWT.

Wallahu a'lam