Perkara Yang Paling Mulia

Kata Ibn alJauzi RH:

Semestinya bagi setiap insan mengetahui bahawa perkara yang paling mulia dalam setiap sesuatu ada 2: jantung hati dan waktunya. Justeru jika diabaikan waktu dan disia-siakan jantung hati, hilanglah segala faedah darinya" (Ihfadz al'Umur 59)

Wallahu a'lam

Secantik-cantik Wanita

Secantik-cantik wanita ialah yang "pendek" lidahnya dari berbicara selain mahramnya, sabar menjadi perhiasannya, orang di sekeliling digembirakannya. 

Sehodoh-hodoh wanita ialah yang hanya reti mencantik dan mengindahkan wajahnya, manakala buruk pula perilaku dan lidahnya.

Wallahu a'lam

Ibadah Rosak Tanpa Tauhid

Sesuatu ibadah, tidak dinamakan ibadah melainkan jika ia dilakukan bersama dgn tauhid. Sama sptmana solat, tidak dinamakan solat (yg diterima) melainkan dgn bersuci (toharah).

Oleh krn itu, apabila syirik bercampur dgn ibadah, ia merosakkan ibadah sptmana hadas merosakkan toharah dan solat.

Wallahu a'lam