Kebenaran Tidak Menurut Kumpulan

Kata Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH:

"Firman Allah SWT: "Dan berkata org2 Yahudi, org2 kristian itu tidak berada di atas keberanan sama sekali. Berkata pula org2 kristian, org2 yahudi itu tidak berada di atas kebenaran sama sekali."

Allah memberitahu bahawa antara dua kumpulan ini sering membantah setiap kedudukan sesama mereka. Kamu akan dapati ramai dr kalangan yg mengaji fekah, apabila melihat golongan yg bertasawwuf dan beribadat, mereka tidak melihat sesuatu melainkan beranggapan golongan itu berada dlm keadaan jahil dan sesat. Mereka juga tidak beranggapan jalan yg golongan itu tempoh termasuk dlm jalan ilmu dan petunjuk sama sekali. Kamu juga akan melihat ramai dr kalangan org yg bertasawwuf dan berzuhud tidak melihat golongan yg belajar syari'ah dan ilmu ada sesuatu (yg bernilai) melainkan beranggapan mereka adalah golongan yg jauh dr Allah dan segala yg mereka lakukan itu tidak bermanfaat di sisi Allah sama sekali. Sedangkan yg sebenar ialah apa2 yg dibawa oleh alQuran dan alSunnah, sama ada dr golongan ini atau golongan satu lagi, itulah kebenaran. Apa2 yg bertentangan dgn alQuran dan alSunnah sama ada dr golongan ini atau yg satu lagi, maka itulah kebatilan." (Iqtidhaa alSirat alMustaqim Li Mukhalafah Ashab alJahim, hal: 79)

Wallahu a'lam

Islah Diri & Masyarakat

Kerja2 pengislahan masyarakat kena dilakukan dgn lebih kuat. Jika tidak lambakan pemimpin2 teruk dan memalukan berterusan dlm negara ini. Tidak terpilih pemimpin yg teruk dan memalukan, melainkan dia dilantik oleh setiap individu masyarakat yg teruk dan memalukan.

PengIslahan masyarakat bermula dlm diri setiap daie atau pendakwah.

Semoga Allah SWT membantu kita

Wallahu a'lam

Kitab alMinhaj Syarh Sahih Muslim alNawawi

alMinhaj Syarh Sahih Muslim oleh alImam alNawawi antara kitab2 terakhir tulisan beliau.

Kata al-Isnawi: “Kitab ini (Syarh Sahih Muslim) dari tulisan-tulisan terakhir beliau (al-Imam al-Nawawi), terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berharga.”

Ia ditulis oleh al-Imam al-Nawawi selepas tahun 674H berdasarkan kenyataan beliau sendiri di dalam Syarh Sahih Muslim berkaitan permasalahan al-Ghanaim:

Maksudnya: “Sesungguhnya daku telah jelaskan perkara ini (alGhanaim) yang daku himpunkan di dalam bahagian al-Gana’im ketika ada keperluan menjelaskannya pada awal tahun 674H, wallahu a’lam.”

Wallahu a'lam