Setiap Nikmat Itu Menjemukan, Kecuali Syurga

Setiap nikmat itu menjemukan apabila ia kekal bersama seseorang, lalu diminta nikmat yang lain pula, melainkan nikmat syurga. Firman Allah SWT:

(خَـٰلِدِینَ فِیهَا لَا یَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلࣰا)

Maksudnya: "Mereka (penghuni syurga) kekal di dlmnya (syurga), mereka tidak inginkan berpindah drnya." (alKahf: 108)

-Hasnaa' Muhammad alKhalidi-

Semoga dikurniakan syurga kepada kita semua

Wallahu a'lam

Aku Mati Kerana Kalimah Lailaha Illallah

Aku mati kerana kalimah LA ILAHA ILLALLAH, sedangkan kamu mencari makan dgn kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

- ungkapan Syed Qutb kpd seorg syeikh alAzhar yg datang utk mengajar beliau mengucapkan syahadah sebelum dihukum bunuh secara zalim -

Wallahu a'lam

Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya

'Umar bin 'Abdil 'Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dgn harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kpd puteranya itu:

"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kpd 1000 org yg lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:

رحم الله امرأ عرف قدر نفسه

Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya."

Wallahu a'lam