AlQuran: Pada Bahasa, Asal-Usul dan Takrifan.

Mutiara Dr Solah Abdul Fattah alKhalidi (1)

AlQuran: Pada Bahasa, Asal-Usul dan Takrifan.

Kalimah القرآن adalah kata terbitan, dr timbanhan فَعْلَان dr kata akar tiga huruf قَرْءٌ yg bermaksud "Himpunan" dan "Gabungan".

Kalam Allah dinamakan sbg Quran, kerana seseorg muslim ketika membaca satu ayat alQuran, dia menghimpunkan huruf2 dan perkataan2nya, yang dikeluarkan melalui mulutnya sbg suara yg difahami

Takrif alQuran pula ialah:

كلام الله، المنزّل، على محمّد صلّى الله عليه وسلّم.

Maksudnya: "Kalam Allah yg diturunkan ke atas Muhammad SAW."

Wallahu a'lam

Takutkanlah Doa Orang-orang yang Dizalimi

Seorg anak gadis dihalang dr berkahwin oleh ayahnya, hanya dgn sebab si lelaki tidak dapat membayar duit hantaran puluhan ribu ringgit yg diletakkan oleh sibapa, sehingga menyebabkan si gadis sakit tenat dan dimasukkan ke hospital.

Ketika di hospital, dia berkata dgn lemah kpd ayahnya:

"Ayah, mari dekat dgn saya."

Si anak gadis membisikkan pd telinga ayahnya: "sebut amin!" Lalu ayahnya berkata: "amin."

Si anak gadis tersebut berdoa di telinga ayahnya:

"Daku memohon kpd Allah, agar mengharamkan syurga utkmu, sepertimana engkau menghalang daku dr berkahwin."

Wahai ayah, wahai para lelaki yg menguruskan adik beradik perempuan merrka dan sesiapa yg menghalang terlaksananya perkahwinan yg dihalalkan oleh Allah... takutkanlah doa org2 yg dizalimi. Sesungguhnya tiada penghalang diantara mereka dgn Allah.

Wallahu a'lam

Semaikan Tanaman Untuk Kita Di Dalam Syurga

Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menyebut:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Mahasuci Allah yang Maha Agung dan dengan segala pujian untukNYA.

Akan ditanam untuknya sepohon kurma di dalam Syurga." (HR alTirmizi (3464). Katanya: "Hadis ini Hasan Sahih Gharib." Kata alMunziri: "Isnadnya Jayyid." Dinilai Hasan oleh alHafidz Ibn Hajar di dalam Nata'ij alAfkar (1/104). Dinilai Sahih oleh alAlbani dl dalam alSahihah, hadis no 64)

Wallahu a'lam