Setiap kali kamu berusaha menghampiri Allah, itu bermakna kamu menghampiri apa yang kamu angankan, kerana Allah tuhan yang Maha Pemberi dan tidak kedekut.
Ada seorg pemburu telah berjaya menangkap sekumpulan burung dr jerat yg dipasangnya ketika musim sejuk.
Tiba masanya sang pemburu hendak menyembelih semua burung yg ditangkapnya itu. Sang pemburu meletakkan semua burung di hadapannya dan menyembelih seekor demi seekor di hadapan burung-burung yg lain. Ketika itu angin sejuk meniup ke mukanya sehingga mengalir air matanya.
Kata seekor burung yg sedang menunggu giliran utk disembelih kpd burung yg lain: "Cuba lihat pemburu itu, kesiannya... dia sedih hendak menyembelih kita. Tengak dia menangis krn kesiankan kita."
Kata seekor burung lain yg cerdik: "Jangan tengak air matanya, tengaklah apa yg diperbuat tangannya."
Moral: Jangan mudah terpedaya dgn kepetahan dan pandainya seseorg bermain bahasa, sehingga mampu memukau org ramai. Sebaliknya lihatlah pd amal perbuatannya, spt yg dikatakan oleh burung yg cerdik:
"Jangan lihat pd air matanya, akan tetapi lihatlah apa yg dibuat oleh tangannya."
- Wallahu a'lam