Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:
"Dalam kalangan manusia, ada orang yang jika dia menjadi gila adalah lebih baik untuk dia. Kerana dengan gila itu terangkat darinya taklif. Jika tidak, dengan akalnya dia akan melakukan perbuatan kufur, kerosakan dan kemaksiatan." (al-Istiqamah: 2/161)
Jangan kecewa jika kebaikan yang kamu lakukan dilupai dan tidak dihargai. Lihatlah lampu-lampu jalanan, jasa dan budinya tidak dirasai. Ia dilupai, sebaik sahaja datangnya siang.
Air sungai yang sedikit, mampu menyelamatkan kamu dari kehausan. Akan tetapi, air sungai yang banyak kadang-kala melemas dan mmbinasakanmu. Oleh itu, belajarlah untuk sentiasa merasa cukup dengan sedikit yang kamu miliki.
- Wallahu a'lam