Allah Lebih Sayangkan Ismail AS Berbanding Hajar

Hajar bimbangkan keselamat anaknya Ismail AS. Beliau berlari antara bukit Safa dan Marwah, beliau menyangka barangkali di belakang dua bukit itu terdapatnya air untuk Ismail...

Ternyata, Allah lebih sayangkan Ismail. Allah terbitkan air tidak jauh dari Ismail dengan hentakan sayap atau tumit Jibrail..

Benarlah.... Allah memberi jalan keluar kepada hamba-Nya yang bertaqwa dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Wallahu a'lam

Allah Memperkenankan Doa Melalui Jalan Yang Tidak Disangka-sangka

Nabi Musa AS memohon diturunkan hujan untuk kaumnya. Namun Allah menghendaki agar baginda memukulkan tongkatnya ke batu sehingga terpancar 12 mata air. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah Ayat 60:

۞ وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi ini dengan melakukan kerosakan”. {alBaqarah:60}

Wallahu a'lam

Kamu sendiri yang telah merosakkan anak itu

Seorang lelaki pernah bertemu dengan 'Abdulllah Ibn alMubarak, mengadu tentang anaknya yang derhaka terhadapnya. Tanya Ibn alMubarak:
 
"kamu pernah mendoakan keburukan untuk anakmu itu?" Jawab lelaki itu: "ya, pernah."
 
Kata Ibn alMubarak: "Pergilah kamu dari sini, sesungguhnya kamu sendiri yang telah merosakkan anakmu itu."
Wallahu a'lam