Dua perkara yang amat menyedihkan...

Dua perkara yang amat menyedihkan:

1) Seorang lelaki yang tidak masuk ke masjid melainkan setelah menjadi jenazah.

2) seorang perempuan yang tidak menutup aurat melainkan setelah menjadi jenazah.

Wallahu a'lam

Katalah INSYAALLAH

Kata seorang lelaki kepada isterinya: "aku akan beli seekor kaldai di pasar esok hari."

Kata siisteri: "Sebutlah, InsyaAllah."

Suami: "kenapa pula? Sedangkan wang telah ada di dalam poketku, kaldai pula telah tersedia di pasar."

Keesokan harinya...

Ketika dalam perjalanan ke pasar, sisuami singgah di sebuah telaga dan menjenguk ke dalamnya. Tiba-tiba wang dari poket bajunya menggelunsur keluar dan jatuh ke dalam telaga. Dia segera membuka bajunya, dan turun ke dalam telaga untuk mengambil semula wang yang jatuh. Malangnya dia tidak menemuinya. Sedang dia berputus asa dari menjumpai wangnya semula, tanpa disedarinya datang seorang perompak lalu merompak baju yang diletakkannya di tebing telaga.

Pulanglah sisuamj ke rumahnya berjalan kaki bukan menaiki kaldai dan dalam keadaan tidak berbaju. Dia mengetuk pintu rumahnya. Siisteri yang berada di dalam rumah tidak mengetahui siapa yang mengetuk pintu, lalu bertanya: "siapa?"

Jawab sisuami: "Aku, bukalah pintu ini INSYAALLAH."

---------

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا ( 23 ) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا ( 24)

Maksudnya: "( 23 ) Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. ( 24 ) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (AlKahfi: 23-24)

Wallahu a'lam

Kalaulah bukan kerana Allah yang menutup keburukan kami, sudah tentu ia akan tersingkap

Kata para huffaz: "kami pernah melihat Imam Ahmad singgah di pasar Baghdad. Beliau membeli seberkas kayu lalu mengangkat sendiri di atas bahunya. Ketikamana orang ramai perasan tindakan beliau. Para peniaga meninggalkan perniagaan mereka, para penjual meninggalkan jualan mereka, oranr-orang yang melintas berhenti. Mereka pergi kepadanya dan berkata:

"Biar kami yang membawakan kayu itu untuk kamu."

Bergetarlah tangan imam Ahmad, merah padamlah mukanya, mengalir air matanya, seraya berkata:

"kami orang yang hina, kalaulah bukan kerana Allah yang menutup keburukan kami, sudah tentu ia akan tersingkap." (alHilyah oleh Abi Nu'aim 9/181)

Wallahu a'lam